25 September 2006


Puasa Retro ! (AMARAN : jgn tiru aksi penulis !!)

1985, pukul 2:15 petang,

sekujur tubuh lemah longlai di dapur, merintih sang ibu supaya menyediakan sajian tengah hari di bulan ramadhan. ketika usia darjah 3 itu , aku di suruh berpuasa tanpa apa2 habuan. hanya motivasi ustazku di sekolah agar berpuasa dijadikan azimat utk bertahan hingga ke garisan penamat.

sungguh besar ujian ini. ibuku seperti tahun2 lepas membuatkan air milo panas kegemaranku selepas pulang dari sekolah. air liurku meleleh tanpa henti , mataku tepat memandang air milo pekat di depan mata.

ku renung air milo , sekali sekala terdengar nasihat ustaz agar aku berpuasa. Errmm....

Syrupppp !! Argh...alangkah sedapnya milo itu, aku tersenyum puas menghirup air milo. terbatal sudah puasaku pada hari pertama. tidak apa , aku masih kecil tidak mengenal apa. ttp apakah jawapan yang perlu ku berikan kepada soalan "Siapa yg berpuasa semalam?" . Pasti aku dapat bayangkan wajah merah garang ustazku pabila mendengar jawapanku.

"Bangun, bangun! dah pukul 5 ni , mak nak masak"...terasa bahuku di usik lembut oleh ibuku. air milo sudah sejuk di depan. Erhmm ... aku tertidur rupanya.....Tidak luak air milo di depan bermakna aku bisa menjawab soalan ustaz dengan hati yang tenang kerana aku berpuasa dan tidak menipu.

Tiada ulasan: