22 September 2006

Hijrah
Packing dan unpacking merupakan rukun pindah. Tenaga yg amat banyak amat2 di perlukan untuk melakukan aktiviti berpindah.

Pindah aku tidak seperti rakyat Palestin. berpindah dari satu rumah sempurna ke rumah sempurna yang lain. ttp ...

mereka ? rumah yang hancur ke tepi jalanan atau khemah2 yang sejuk di malam hari , panas di siang hari. anak2 menangis menuntut jawapan. kenapa aku di usir mak ? di mana ayah ? di mana abang ? kenapa rumah kita dihancurkan ? kenapa kereta kebal itu jahat ? kenapa tentera ramai di sini ? kenapa senapang di halakan ke arah kita ? di mana saudara kita ?

erhmmm...rumah aku masih sempurna, ttp amalan aku ntah bagaimana ?

Tiada ulasan: