26 September 2006

Kepenatan Maksimum

8:16 pagi, erhmm...cemerlang nampak hari ini, tapi kalau direverse cerita sebenar bagaimana aku dapat sampai ke bandar cyberjaya seawal itu cukup mengerikan.

bermula dengan sahur seawal jam 5 pagi, dengan kepenatan menge'teh mlm tadi masih belum hilang, aku merangkak ke dapur menikmati juadah bersahur. sedang bersahur, sayup2 AY menangis minta di dodoi, hishh...menangis la pulak, ku duduk di sebelah AY sambil kepala terhanguk2 menepuk buntut supaya tidur kembali. seraya kemudian lompat ke dapur utk mengejar sajian.

laungan azan bergema menandakan subuh sudah menjelma. surau as sohabah tempat dituju. ramai jemaah tidak terkira, berkat ramadhan. balik ke rumah kembali dan tersangatlah tidak logiknyer menyambung perjuangan tidur, lalu ku buka laptop menghabiskan masa menunggu pagi.

tepat jam 7 , kancil bergerak menyusuri Kota Damansara. lori dan kereta sama mengejar. AY nyenyak di belakang. sampai di tadika, tutup kereta , unlock Honda Wave pula. dari pemandu kereta menjadi mat rempit. apakan daya tol dan minyak yang naik menggila memaksa aku menjadi makhluk 2 alam. merempit dengan memikul laptop di belakang amatlah menyiksakan. sebagai makhluk bertulang belakang, aku mengaku tulang belakangku tidak berdaya memikul laptop itu. ttp apakan daya ....

8:16 ,. begitu lah tertera .... aku tak kira , aku nak tidurrrrrrrrr !! yeay ... 15 minit , aku mendapat kelenaan bermakna. tiada kata2 dapat ku ungkapkan ... Zzzzzzzzzzzzzzzzzz

2 ulasan:

tookoo berkata...

gunx aku pun merempit gi cyber... arini smpi opis pun waktu yg sama.. :D egegegge... ntah² tadi pagi aku lumba ngan hang kott....

gunx berkata...

Edisi adalah terhad, InsyaAllah sesiapa yang berminat boleh hubungi Sdr Shamsul : 019-653 2973