16 Ogos 2006


Monkey Love

aku tahu, aku tahu , tajuk ni boring, tajuk yang mengimbas kembali zaman2 berjerawat aku. dahulu kala ahmad rizal ni seorang murid yang pendiam (sekarang pun). al kununnya baik sangat la tu ..

tatkala rakan2 lain sibuk menatap surat cinta kiriman 'juliet' masing2, ahmad rizal sering menatap wajah motor kap chai kesayangan. motor yang setia meneman ke mana saja asalkan di curahkan petrol ke dalam perut.

tiada cinta di sekolah, walaupun hati tidak dapat menipu mengimpikan seorang gadis yang cun tahap gaban datang menyelinap. memberi senyuman, mengeyit mata, alahai ... aku tersenyum sendirian ...

"Nak gefren kunun !! " sayup2 terdengar laungan mak di kala dinihari.
"minyak motor pun mak kasi , hek eleh .. !! " sindir mak sambil galak menggoreng karipap untuk jualan di kantin sekolah. hasil jualan itu lah menyara kami sekeluarga di kala ayah aku tidak berdaya utk membanting tulang tapi gagah perkasa menge'teh pagi dan petang. huhuh.... love u dad , love u mum ! kalian mengajar aku tentang erti cinta sejati ..... hek eleh !!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

FYI, ko dulu ada banyak SA kat uum.. ko je yg tak perasan..

baru2 aku dah dgr pengakuan ikhlas dari salah seorang SA ko kat UUM dulu.. hahahaha.. :p

SA mat gunx

Tanpa Nama berkata...

monyetnya cinta ko gunx!!!

salman ® berkata...

gunx yang walaupun warna kulitnya sdikit asing dgn rakan² yang lain..tp masih ramai peminat. Lagi ramai dari mereka yg berwajah romeo..kui kui

Tanpa Nama berkata...

sekarang pon SA always read your blog...hahaha....

Tanpa Nama berkata...

wuish,

Gunx ada SA, jangan main²... hehehe :)