27 Januari 2006

Pindah

persoalan pindah agak relevan dalam diari hidup aku ..
(imbas kembali)
4:30 petang, awal tahun 2000, Kuantan
"Apa?? KL? jauh nyer , cari aa kerja dekat2 sikit.."
"Erhmmm, nak cari cabaran sikit , dok jauh ngan family" (tamat imbas kembali)
persoalan akak tu masih terngiang2 kat otak aku , nak hijrah bukan perkara senang2 , perlu nekad, perlu keras hati , perlu ilmu, perlu duit dan memacam lagi .. persediaan rapi , nak dok sana tak kan nak makan sampah ??? tekak still nak makan ,

lalu , komputer yg sangat2 aku sayang itu, aku jualkan dengan harga seribu dengan penuh rasa hiba dan sedih , tidakkah hijrah perlukan pengorbanan ?? dengan duit itu aku naik bas ke KL memulakan hidup di kota batu sehingga sekarang .... rindukan cengkerik2 , bau tanah selepas hujan, gurauan mak cik2 di petang hari, enaknya kuih di santap .... wow !! sudah 5 tahun aku di sini ..

alangkah indahnya di waktu dulu, di kala kawan2 masih tidak mengenal rasuah, tamak dan dengki, ....hidup mesti terus ....

1 ulasan:

bayam berkata...

hihi abang man is the saviour...

teringat singgah kat lubuk paku tengah2 malam dari kontan .. :)