01 Jun 2005


Salahudin Di Layar Perak. Mandulkah filem kita ?
oleh Gunx

Seringkali dibenak pemikiran kita apabila menonton filem buatan tangan bukan Islam bercerita tentang Islam sudah semestinya filem tersebut sarat dengan aksi2 yang tidak memenuhi kemahuan kita, menghina Islam, seks berlebihan, skrip2 yang melencong daripada fakta sebenar, wajah Islam di calar semahunya dan yang lebih utama menyerang pemikiran anak muda Islam supaya lemau dan lesu umpama biskut merry di dalam air milo suam!!

Kingdom of Heaven arahan pengarah filem The Gladiator merupakan satu filem epik di zaman satu kerajaan Kristian memerintah Jerusalem (Palestin sekarang!). Seorang anak muda yang bangkit menentang kerakusan puak taklid buta Kristian ortodok! Seorang raja yang adil tetapi di jangkiti penyakit kusta yang bermusuhan dengan seorang
yang tidak perlu diperkenalkan lagi , Salahudin al-Ayubi. Ya ! Salahudin sudah ke layar perak. Sudah lama kita impikan watak ini di ketengahkan. Bukan hanya terperuk di dalam buku sejarah. Bukan hanya meniti dibibir penceramah retorik yang melaungkan watak ini sambil si anak muda terpinga2 mendengar, siapakah gerangan Salahudin ? Peserta final Malaysian Idol ke ? Artis dang dut baru ke ? atau kumpulan rock kangkang baru ?

Mahu tidak mahu watak ini telah di ketengahkan oleh orang bukan Islam dan yang lebih menarik fakta sejarah betul2 diimani dan di terjemahkan dengan begitu agak sohih sekali. Walaupun ada segelintir yang mengkritik kenapa ada isu cinta bodoh diketengahkan ? Kenapa isu ringan cinta ala Bollywood di adakan ? Bagi aku, jika dibandingkan dengan filem cinta murahan Malaysia, sama sekali tidak sama. Hanya sekelumit sahaja atau kira 20% ! Kita, 150% adalah cinta. Moral of the story = NIL !!

Wajah Islam yang telah lama tercalar terubat dengan dakwah filem ini. Watak Salahudin yang di dalam sejarahnya suka berunding dan mengambil jalan tengah dan tidak sesekali menyerang membuta tuli terhadap musuh2 dapat ditonjolkan .Adegan perundingan antara Raja Kristian dengan Salahudin cukup baik walaupun jika dapat di tonjolkan doktor peribadi Salahudin mengubati musuhnya itu alangkah bestnya !! Tetapi apakan daya, tangan yang mengarah bukan dari 'kem' kita!

YA! aku tak nafikan filem ini semacam pesta salib ! di mana-mana minda separuh sedar sedang disuap dengan salib2 ini. Berbalik pada persoalan awal. Di mana kejantanan filmaker muslim ? Adakah hanya berani berselindung di sebalik tembok cinta dan lawak ala Senario utk mengajar anak muda ? Adakah tidak ada sebarang rembesan idea yang kepingin melihat watak2 hero Islam di campakkan ke layar perak ? Jika tidak terdaya sekalipun menghasilkan filem semacam ini, tidak kah ada ruang dakwah dalam membikin drama atau something yang mengegarkan otak anak
muda supaya betul2 menjadi anak jantan bukan pondan2 yang pro-aktif membuang masa ? Yang lebih mengecewakan apabila watak2 lebai berserban dikaitkan dengan ajaran sesat, tamak, back-stabber , etc...apa ni brother ? cukuplah ajen Mossad , KGB dan CIA mengkacaubilaukan Islam, biarlah tangan kita yang bergelar pengarah filem ini menjernihkan suasana dan menyatukan umat Islam seluruh dunia.

1 ulasan:

Ikhwan Hayat berkata...

Setuju dgn bro gunx..

Masa tengok cerita tu terdetik perasaan lega bila ditunjukkan kewibawaan Salahuddin dan kehebatan tentera Islam.

Tapi terselit jugak perasaan malu, kenapa orang lain yg tunjukkannya, sedangkan kita tak mampu menunjukkan kegemilangan kita sendiri :(