28 Jun 2005

AFUNDI !


Afundi !
oleh Gunx

Tv3 sekarang jauh berbeza jika di bandingkan zaman 80-an dahulu. Dengan masih lagi meggunakan logo lama , program2 yang dihidangkan mampu melenakan mak cik felda dari mempedulikan keropok di dapur, mendodoikan pak haji dari laungan azan Asar bertalu2 di masjid, melemahkan otot2 remaja utk membanting tulang membantu ibubapa di rumah. Ini tidak lain kerana elemen hiburan overdose begitu menghambat para penonton
supaya istiqomah berjemaah di depan TV !!

Namun begitu penulis berfikir bukan semua yg di hidangkan teruk dan sampah!! Dengan masih lagi bertemakan program realiti, maka muncul program BersamaMU. Program selamasetengah jam ini mampu melembutkan hati penulis bahawa dalam bumi Malaysia yg kaya raya dengan sumber alam yg sedikit masa dahulu begitu rakus di rogol oleh si British, masih ada juga insan yang malang tidak dapat menikmati keperluan asas seperti air dan elektrik. Penulis fikir jari2 yg begitu ligat mengAFUNDI Mim Alif Wau Ya WAJIB menSMS para insan daif di dalam program ini. Para sang kaya yg seronok berlibur dengan BMW 18 siri WAJIB melabuhkan punggung melekatkan mata di kaca tv menonton
program ini dan selepas itu berlari2 anak mencari open check. Para ahli politik yang hanya bernafsu menguntum senyum bersalam2 dengan para daif di kala musim pilihan raya perlu melompat ke udara mencari sang daif ini.

Para Daie yang mengetuk2 tangan di atas rostrum masjid menjerit bait2 teori dari kitab2 agama perlu memikirkan cara kreatif bagi menggerakkan punggung jemaah yang lesu ini bagi memungkinkan mereka menggempiskan wang simpanan mereka yg tidak lekang dek panas walau pun 18 kali berulang alik menunaikan haji sunat !! Perlu di 'ketuk' otak mahal mereka agar memikirkan soal umat Islam yang masih lagi tidak berapi dan berair !! Tidak hanya mengira soal buntut sendiri sahaja !!

i rest my case

3 ulasan:

Suhaimi berkata...

dgr citer semalam paling menyayat hati.. makan siput babi tu.. fear factor? fear no more bila dah lapar n daif sgt...

tgk tv guna akal.. jgn tgk tv guna emosi..

Suhaimi berkata...

fifi.. ahcunya... kena puji TV3 sebab 'halal' kan pengacara bertudung... RTM? kerajaan tu... ada tak pengacara yg bertudung...

salman ® berkata...

walaupun mungkin tak semua yg amil tahu rancangan bersamamu, dun worry - sumbangan akan ttp ada. kes adik n akak cacat itu hari dah dpt rumah dah pun. aku tumpang gembira.