24 Mei 2005

Radiator


Radiator
oleh Gunx

Motor cabuk aku tak de radiator ttp secara umunnya bende ini bertujuan utk menyejukkan suasana yg panas. Komponen ini menjadi elemen wajib dalam satu2 enjin yg besar. jika tak de, alamat haru biru aaa suasana. Suasana menjadi tegang setegang penduduk Kuala Muda di hambat raksasa Tsunami.

bende2 cam ini leh juga di applykan dalam dunia dakwah. Khusus kepada mereka yang mula2 berjinak2 dalam dunia 'nur' ini. selalunya semangat mereka ini seakan2 meluap2 seperti motor ex5 memakai karburator RXZ. jika di trafic light pastinya roda depan akan terangkat apabila di flag-offkan dengan lampu hijau.

apa perananan kita menangani manusia overheat ini ? adakah kita menjadi Tugu Negara ? Tegak berdiri tersengih2 sepi. adakah kita perlu membakarkan semangat gila itu lalu oleh kerana terpesona dengan pahala itu dan ini , dia kecundang dalam mengejar destinasi yg kita sendiri ciptakan .. ?

para pendakwah perlu meyalurkan rembesan2 nafsu yang kepingin mengejar pahala ini kepada satu keadaan yang realistik. Perlu di ingatkan mereka juga ada anak bini utk diberi makan, ada hutang yg perlu di langsaikan, ada masalah2 duniawi yang memerlukan kepada penyelesaian secara wang !! bukan dengan tidak memerhati akan back ground tersebut, kita secara membuta tuli mengfatwakan sedekah itu dan ini , berjihad itu dan ini , berjuang itu dan ini and at the end muka ISLAM yg suci bersih di nodai oleh tangan2 kita !!

Rasulullah sendiri sebelum menjawab soalan para sahabat, di ushar dulu back ground dan jawapan yg di beri amat2 kena dan compatible dengan senario si penanya, bukan sesekali pukul rata !! team2 atau jemaah2 yang ingin melihat sinar dalam dunia dakwah perlu 'ketuk kepala' sebentar, take five dan kembali kepada jalan dakwah yang di rintiskan oleh Rasulullah. Maka, tidak hairanlah ketua gengster,kaki bisnes ala-Donald Trumph , kaki bunuh orang , etc jatuh tersungkur dengan sains dakwah Rasulullah.

2 ulasan:

Suhaimi berkata...

good writeup mate, terkesima bila gua baca, start with radiator end with sains dakwah Rasulullah. moga aku n kengkawan kita dpt iktibar.

salman ® berkata...

wah..byk improvement dlm penulisan. teruskan menaip...