30 Mac 2005

Kawan aku yang menemui Allah

apa korang rasa bila baru sat2 jumpa orang tu tiba2 dgr kabar berita dia dah tak de ... terkejut kan ? lebih mengejutkan kalau nampak secara overall sihat, tak de simpton yg mengatakan dia akan menemui ajal. aku leh bergelak ketawa ngan dia ... baru nak kenal hati budi .... ttp Allah > menyanyangi dia ...

Mohd Nazim (24 tahun) , tinggal di Taman Tun kembali menemui Allah pada subuh (5.20 pagi )Isnin , 28/3/2005 akibat kencing manis. terkejut kan ? begitu muda ? jika di teliti dengan mata iman, itu semua tidak pelik ... apa yg pasti , kita semua akan ke sana .... apakah persediaan kita ?

Hasan al-Banna , pengasas Ikhwanul Muslimin , antara pesanan beliau adalah JAGA KESIHATAN. bagaimana kita hendak berdakwah jika badan tak sihat. Umat Islam mesti sihat tubuh badan dan akal.

Jenayah
lately, kita banyak dengar jenayah, rogol budak, pastu campak dalam longkang, ada yg tak cukup lagi , kasi bakar pulak ...kita yg baca kekadang rasa nak menangis...sanggup depa rogol budak kecik ... hairan !hairan !hairan !

nafsu depa gred berapa ? syaitan pun tabik ! mungkin syaitan pun lari tengok manusia leh sampai tara tuh ...
yg lebih memenatkan kita , yg tukang buat , muslim !! malu campur geram !! beri imej buruk pada agama yg MAHA suci !

adakah undang2 skang tak relevan ? semakin berat undang2, semakin sakan depa buat ? kalau leh kita analogikan antara bapa dan anak. kalau anak tu buat jahat, rotan leh di gunakan dengan tujuan mengajar , bukan totally jump kepada rotan tersebut sebagai penyudah kerana kalau selalu guna, rotan tu dah hilang 'bisa' , mungkin sebab itu islam suh kita as parent didik anak dalam acuan ISLAM. ajar tauhid , Allah ada di mana2 sahaja....lahirkan takut pada Allah ....takut yg menyebabkan kita semakin dekat padaNya....

aku rasa jenayah ni berpunca dari root dia iaitu PENDIDIKAN ....bomba kalau pancut air nak padam api tak pancut kat api yg kat atas, tapi api kat bawah tuh ... root dia ....

jika benar andaian aku ni ... adakah sistem pendidikan kita GAGAL ? atau andaian aku ni hanya satu antara ribuna alasan finger pointing .... mungkin orang pendidikan akan back fire dengan alasan mereka sendiri ....heheh...

sorry .. topik agak berat hari ni ...

1 ulasan:

salman ® berkata...

kurangkan minum nescafe. tehehehe

boleh juga di blame on education. sbb education yg mencorak pemikiran kita. tak kirala education on agama or sebagainya. bg aku educated ppl (tak semestinya pandai) boleh bezakan baik buruk sesuatu perkara.