14 Disember 2004

Tetamu Allah



Terma ni aku rasa tepat utk bakal jemaah haji atau hujjaz di Malaysia yg pada tahun ni akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah mendamba akan haji mabrur ....

Kebetulan rumah sewa aku dekat dengan kompleks tabung haji kelana jaya...
Tempat ni normally akan menjadi transit para hujjaz utk ke airport dan seterusnya fly ke Madinah atau Mekah.

Wajah gembira jelas tergambar, mungkin mereka telah berpenat lelah menabung sejak 10 atau 20 tahun yg lalu...mereka mungkin petani atau nelayan yang mempunyai pendapatan tak seberapa...
tapi keberkatan dalam rezeki membolehkan mereka ke Mekah..

warga kota yg lemas dalam duit yang banyak masih tidak nampak akan lambaian Ka'bah.
Usia muda hanya sekali, better orak langkah utk menunaikan rukun islam ini.

Apa alasan kita tidak dapat menunaikan haji di Mekah ?
Apa alasan kita dapat pergi dari Perlis ke KL semata2 utk menyokong pasukan negeri bertanding final ?

..hehhe....
Ya Allah! Permudahkan jalan kami ke Mekah !!

ooopsss...iklan sebentar


1 ulasan:

bayam berkata...

panggilan haji... telah tiba lagi.... (lagu lama yg popular kembali ...)