13 Disember 2004

Mencari Anakku Sazali ...



Aku antara penggemar cerita P-Ramlee ...
mlm tadi citer Anakku Sazali (AS)
filem ini pernah bertanding di ASIA PACIFIC FILM FESTIVAL (APFF) pada tahun 1957, Tokyo, Japan.
mengkagumkan .. sebuah filem yg tidak perlu kesan khas seperti filem Hollywood atau pelakon yang cantik seperti Bollywood ttp berjaya ke pasaran antarabangsa...

Aku yg dah bergelar ayah agak terusik dengan filem ini , masa bujang tak terasa sangat..
Ttg salah faham akan KASIH SAYANG. atau yang lebih tepat, KASIH SAYANG BERLEBIHAN!!
begitu memberi kesan kepada jiwa anak2, mereka merasa tidak salah utk membuat kejahatan..
setiap kejahatan pasti ada tukang pembela yang jahil akan KASIH SAYANG.

manifestasi SAZALI akan terus sinonim dengan kehidupan para ibubapa sampai bila2.
jika tersalah langkah, pasti kecundang...
tidak perlu berbangga dengan straigh A's anak2 jika akhlaknya cemar...

AS boleh dijadikan tauladan kepada ibu bapa.
bukan kita lena dengan jalan cerita sahaja... lihat akan moral yg ingin di bawa...

yang pasti, director filem Melayu kene celik mata dengn AS. Buka minda untuk membuat filem sebegini. Filem yang mendidik bukan memasukkan ganja atau candu ke dalam minda anak2 muda !!

2 ulasan:

salman ® berkata...

padu giler ulasan ko gunx. kalah KSW nih..kasi pantunnn sketttt...

Unknown berkata...

poyo jek tuh .....