Langit kembali memetang. Beransur2 gua memulas trotel motor mahu pulang ke rumah setelah seharian asyik berkeretup keretap dengan papan kekunci. Kerja nya tak siap2 juga. Kalau siap awal awal , esok gua nak buat apa ye dak ? Jadinya , buat man man aje la. Tak jadi jutawan kalau efisyen tahap kerja pejabat Google sekali pun. Kat Malaysia ni , orang tak berapa hargai nilai seni.
Lebuh raya tiba2 menjadi macet. Amat tidak cucuk sekali , di waktu ini sepatutnya gua bermotoran dengan santai lagi lancar.
Satu per satu , keretan dan jentara lain gua pintas. Tidak juga mendapat punca.
"Kemalangan barangkali", hati berdetik. Faktor klise.
Cilakak! Ni apa kes prentan petang2 baru terhegeh2 nak belajar kereta. Tak belajar sosio-budaya ke ? Bukan kah ada waktu seperti 1 pagi ? 2 pagi ? 3 pagi atau waktu syuruk utk belajar memandu ? Jam 5 ni, ibarat menadah baldi mengutip taburan maki.
...
...
2001, 4:30 petang.
Berbekalkan tshirt dan jean bundle , gua menyusur laju ke sekolah memandu Pak Manap di Kelana Jaya. Dengan komitmen yang tak berapa banyak, tidak banyak panggilaan telefon dari isteri , anak, sepupu, mak mertua, abang ipar sepanjang perjalanan ke sana. Gua pun belum berkahwin ketika itu. Umur pun dah lanjut juga, cuma baki akaun kat Tabung Haji tak berapa padu nak petik anak dara orang. Hukum hakam rasanya nak cover terutama bab hadas besar.
"hah ! dah sampai ?", tegur brader driving school segak lingkungan umur awal 40-an . Gua dah terpacak depan mata , nak tanya lagi gua dah sampai ke tak.
"ye bang !", gua jawab sambil tangan seluk kocek ala2 James Dean.
"jom!", ringkas ajakannya. Jika anak murid nya perempuan urban berskirt singkat berkaki panjang, gua tak pasti apakah ayat nya. Mungkin berpantun2 sampai 8 pembayang sambil berbelit2 di dahan pokok. Gua agak je la. Tapi gua rasa dia ok , komited pada kerja dan takut neraka.
Jalan raya menuju ke pusat periksa JPJ di Puchong lancar sekali. Barangkali warga2 kota sudah masuk opis dan jalan raya berbaki sedikit dan mampu memberi ruang kepada kancil kami bergerak seumpama di iringi kereta peronda.
"Ko tengok abang , apa ko nampak ?", tiba2 soalan merepek keluar terpacul dari brader driving school.
"saya nampak abang segak je la.."
"Kamu memang pandai." "Sebab tu , abang kahwin dua. Perempuan suka lelaki yang segak dan kemas. Sebab tu perempuan Melayu ramai ikut Bangla. Ko tengok mamat bangla ngan ko, mana lagi smart ?"
Gua tunduk memandang tuas gear kancil sambil mengancing gigi.
"Ko nak segak, tak perlu duit ribu ribu." "Beli seluar slack dan kemeja berkolar di pasar malam sudah memadai"
Brader driving school semakin galak memberi ceramah perdana. Gua pun tak pasti sekarang, gua pergi test JPJ atau kursus kawin.
....
....
Petang itu, gua gagal test jalan raya kendatipun gua lulus dengan warna terbang untuk test bukit dan parking. Brader driving school tertunduk tunduk melihat jambul pada bucu cermin sisi kancil.
10 Julai 2012
29 Mei 2012
Cerpen Indie #24 : Guru Saya.
PROLOG
“Cikgu, nahh...”, Rahimin menghulurkan 3 cebis kertas kajang kepada cikgu Mazanah, guru Bahasa Melayu.
Mengesot2 kening cikgu Mazanah ditambah lagi dengan pancaran terik mentari. Gincu tebal yang menghiasi munggir bibirnya sedikit sebanyak memadamkan kegelisahan jiwa Rahimin, si murid nakal yang bertaman di hati itu.
“Apa ni , Rahimin ?”, cikgu Mazanah menyoal tenang.
“Karangan saya , cikgu ,harap cikgu boleh tanda write dan berikan sepatah dua komen yang membina”, ikhlas jawapan Rahimin.
Bibir munggir Cikgu Mazanah sedikit menguntum senyum.
“Baiklah, nanti cikgu komen”.
Kertas bertukar tangan. Kelibat Cikgu Mazanah sedikit demi sedikit sirna di pandangan mata Rahimin. Rahimin berharap benar karangan epik beliau itu mendapat suntikan semangat. Peperiksaan SPM sedikit hari lagi akan keluar memunculkan wajah. Mungkin ada yang suka tidak terperi. Akan tetapi manusia bernama Rahimin tidak peduli semua itu. Yang penting karangan beliau di tanda oleh cikgu Mazanah. Setelah sekian lama, dia membuat kes demi kes di sekolah, kali ini Cikgu Mazanah tidak lagi bengis dan kejam memberi denda dan penampar kepada murid.
Bak kata orang tua “Jika kita berbuat baik, orang pasti akan berbuat lagi baik dari kita.”
Tak best langsung kan , pepatah tu ? memang lah, gua reka sendiri je....
Dalam memerhati kelibat Cikgu Mazanah yang menjadi rebutan ustaz2 di sekolah Rahimin, Harun menyigung pangkal ketiak Rahimin seraya bertanya.
“Aok hantar surat cinta ke tadi ? “
“Tidak, malah lebih dari itu, malah ini masa depan koi...”, Rahimin menjawab sambil memeluk tubuh kurusnya.
“......”, Harun tidak berkata apa. Mungkin Harun menganggap Rahimin sudah gila.
Rahimin terus berdiri. Karangan yang dia buat sendiri bukan dengan suruhan sesiapa kini berada dalam dakapan Cikgu Mazanah. Dia puas.
BAHARU
"Siapa nama cikgu baru kita tu ?"
"Mazanah tapi kawan dengor dia tu garang nak mampeh, silap sikit nak menampor aje."
Berdesap desup khabar angin berlegar di sekolah menyambut kedatangan guru baru Bahasa Melayu yang dikatakan bernama Cikgu Mazanah itu. Semacam prosedur standard, cikgu yang baru pasti akan di diagnose segarang mana, secantik mana, sesempoi mana, selembap mana dan 1001 spesifikasi yang lain.
Waktu matapelajaran BM telah tiba. Seperti yang di janjikan , Cikgu Mazanah masuk dengan sopan , lengkap dengan aksesori seorang gadis. Bertudung litup, bermekap sederhana, dan ....
"Saya Cikgu Mazanah...mulai hari ini .. saya akan .....kamu semua hendak lah....Baiklah .. kita mulakan .. dengan muka surat....."
Ye! standard sahaja intro dari cikgu baru ini. Mungkin dia baru sahaja keluar dari Maktab Perguruan, maka sekala teori2 hendak di keluarkan. Dan ia menjadi seperti drama kanak2 , tidak neutral.
Rahimin suka akan itu. Dia memacakkan dagu dengan kedua tangan sambil tersenyum memerhatikan gelagat cikgu baru ini. Masa menjadi begitu singkat.
PITAM
"Awak tak apa apa , Rahimin ?"
Rahimin pucat seperti mati.
Perbarisan hari Isnin berjalan seperti biasa walaupun tadi sedikit gempar kerana Rahimin tiba2 pitam lalu terjatuh di tengah2 khalayak. Beberapa orang murid mengangkap jasad kurus Rahimin ke kelas yang berdekatan lalu....
Cikgu Mazanah datang memberi pertolongan cemas. Dia membuka butang2 kemeja Rahimin. Mungkin utk memberi pernafasan yang baik untuk Rahimin.
"Awak semua jangan duduk rapat2 , nanti sudah dia nak bernafas." Cikgu Mazanah menegah beberapa orang rakan Rahimin yang se akan akan mahu menjadi hero padahal tak tahu apa dalam ilmu pertolongan cemas.
Dalam pitam , Rahimin tersenyum senyum.
SENYUM. :)
"Min", Harun berteriak di luar kelas tatkala waktu rehat.
"Ngape weh ?"
"Cikgu Mazanah nak jumpa aok kat bilik guru, ntah mende hendoknya...", Harun prejudis.
...
...
"Karangan awak bagus, cuma ada sedikit point tu macam meleret2 dan kurang isi. Pastikan huraian jangan lari isi utama, Walaubagaimanapun , tahniah saya ucapkan", Cikgu Mazanah menguntum senyum. Dari kejauhan Cikgu Salleh , guru displin menjeling jeling.
"Terima kasih , cikgu ...", ujar Rahimin.
Itulah ucapan terakhir Rahimin kepada cikgu Mazanah sebelum SPM menjelang. Selepas itu, cikgu Mazanah hilang entah di mana. Mungkin bertukar tugas ke tempat lain. Prosedur biasa bagi seorang guru. Rahimin berasa tuhan menghantar cikgu Mazanah untuknya.
Rahimin mendakap karangan ke dada. Selang beberapa minit dia mendongak ke langit.
"Terima kasih tuhan!"
Rahimin tersenyum.
.....
Yg lain lain
Syarul

23 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #9
"pembangunan materi biarlah suam suam kuku. nanti terlebih , hidup ber aku aku."
22 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #8
Bisakah kita berbicara tanpa ada apa2 unsur materi ? Benar , di kota dia adalah raja tetapi di gelanggang sastera, ia kadang2 tidak bermakna.
21 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #7
"dunia ini penuh nikmat. lazat kepada yang buta jiwa . sederhana kepada yang berjaga-jaga. tidak di ambil semua , namanya gila. cinta di kurnai, berpautlah bersama. jika sengketa menjadi loba , kelak putih menjadi merah."
-Rizal Gunx , Kota Damansara.
-Rizal Gunx , Kota Damansara.
20 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #6
"Dikau terbang melangit. Tersenyum girang mendakap manis kejayaan. Taulan menjulang. Pujian membukit. Hinggap sebentar di dahan rekah. Hela nafas buat sedetik. Mungkin air mata ibumu sedang tumpah. Kejayaan kekadang mencerap dosa"
-Rizal Gunx, Kota Damansara
-Rizal Gunx, Kota Damansara
19 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #5
Asap di daratan memabukkan mata mencari destinasi. Jahil akal memabukkan diri selama lama.
17 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #4
"Dari mata terlahir nuansa perasaan. boleh jadi membawa kemanisan. tidak kurang membawa kecelakaan. mata perawan meruntuh jiwa teruna. mengalir seribu perasaan bagai hentakan kaki kuda perang. mata...engkau memang sakti. "
-Rizal Gunx , Kota Damansara.
cerita sa-belum tidur #3
"Angin menderu membawa bau tanah. Tanah tempatnya rehat sebenar manusia. Tapi ... Tapi akal ku meluruh berderai dan mencair. Membentuk bongkah bongkah nostalgia manis. Daku senyum sendirian. oh ! Kenangan yang tidak akan pulang."
-Rizal Gunx , Kota Damansara , 17-05-2012
-Rizal Gunx , Kota Damansara , 17-05-2012
16 Mei 2012
cerita sa-belum tidur #2
"Baru ku tahu, tika malam berlabuh, maka cinta cinta hitam mula membenih, manusia bercumbu rayu membina nuansa kata, begitu magis tidak terduga hasil cipta, tetapi sayang , sungguh sayang. Ia tidak di kira."
-Rizal Gunx, Kota Damansara, 16-05-2012
-Rizal Gunx, Kota Damansara, 16-05-2012
15 Mei 2012
Jalan jalan cari tear gas.
Gua datang sebagai tanda sokongan kepada intipati event ini agar pilihanraya dapat lah adanya di buat secara adil tidak kira apa brand parti politik anda. Gua bayar cukai , gua harap duit gua ni , kerajaan yang di pilih dapat buat sesuatu yang power utk rakyat marhaen macam gua ni...gua bukan power sangat politik tapi itulah harapan normal bagi setiap orang. Kan ?
gua nak jumpa A Samad Said sebenarnya, malangnya tidak ada rezeki. keh keh keh
cerita sa-belum tidur.
"Hanyir kota galak menyimbahi laman suci pemuda desa. Noda berlipat tinggi menutup tilikan penduduk langit. Suara ketawa gegak gempita. Lucu dengan ketewasan mereka."
-Rizal Gunx, Kota Damansara , 14-05-2012
-Rizal Gunx, Kota Damansara , 14-05-2012
27 Mac 2012
Cerpen Indie #23 : Bunohan (versi Pahang)
"Ayoh! bagi ke kawan la geran tanah tu!! kawan pajok je ke bank te...dapat untung nnt kawan bayor la balik", Bakar berkeras. Pak Eng terdiam di bilik sebelah.
"Ayoh!!!..."
"ooooooooo...Ayohhh"
Bakar menjadi geram dengan sikap endah tak endah ayahnya. Dia yang berkelulusan agak tinggi berbanding dengan 2 adik beradik lelakinya memang sejak dulu menjadi harapan keluarga. Namun setelah Bakar larut dalam arus komedanan semasa menuntut Edinburg, Pak Eng stress. Stress dengan kata caci penduduk kampung, stress dengan laporan merepek Buletin Utama yang mensensasikan cerita anaknya.
Ya! Bakar dulu pernah menjadi sebahagian dari catatan sejarah pendidikan negara apabila muncul sebagai pelajar terbaik SPM 2004 dengan pencapaian 22 A1. Kertas bahasa Tamil dan bahasa Kantonis pun A1. Punyalah merepek dia punya cerdik.
Sejak dari itu, keluarga Pak Eng mendapat durian runtuh. Pak Eng yang dulu kerja sebagai drebar wayang pacak kini bersenang lenangdengan pencen khas dari kerajaan Barisan Pakatan sempena kejayaan anaknya itu.
Namun segalanya musnah, apabila Bakar mula liar. Rambut jadi kuning, seluar kaler pink dan kadang kala suka berseluar legging. Pak Eng mula berubah sikap dari kelakar menjadi pendiam. Hatinya remuk.
Adil anak bongsu Pak Eng , merupakan anak yang paling bengap dalam family. UPSR barai, SRP ke laut. Jadinya dia mula mengikut kawan2 di kampung berlawan gusti lengan. Namun begitu, hasil kemenangan perlawanan gusti lengan itulah yang menampung segala makan pakai Pak Eng sejak skim pencen khas di terminatekan oleh kerajaan Pakatan Nasional gara2 prestasi pelajaran Bakar yang merudum di Edinburgh.
10 tahun , Bakar kembali ke kampung Bunohan dengan satu misi.
"Awok cari adik aok dulu,Adil"
"Kawan ada hal dengan dia. Aok dapat dia, baru kita leh sembang pasal tanah te.", Pak Eng bersuara.
Bakar menyeringai di bilik sebelah. Dia mengadap cermin dan senyum sendirian. Barisan giginya yang putih serta misai yang rapi di sikat ke bawah menampakkan akan liciknya Bakar. Namun rambutnya tetap kuning. Macam harem.
....
....
"Kawan nak cakak sikit ngan aok", Sam berbisik dengan Ilham. Ilham tidak banyak berkata. Dia hanya merenung tajam dan menadah telinga. "Kawan nok aok bunuh babi kampung seberang kampung kita tuh".
"2 ribu"
"Baler...mahal betei....Babi je bukan kawan suh aok bunuh seladang!!"
"kawan bunuh cara orang pro.ni nampok nih....", Ilham mengeluarkan lawi ayam dari poket.
"Peh!! sedak sedak....", Sam tidak berkata banyak.
"Nah! seribu, habis keje kawan bagi belen"
Siapa yang tidak kenal Ilham, pembunuh babi upahan yang terkenal seantero Pahang. Babi babi kalau nampak kelibat Ilham memang muka jadi putih.
....
....
"Adil, ayoh suh balik, dia ada hal nak cakak ngan aok", Bakar menyergah Adil yang kebetulan lalu di laman rumah. Punyalah senang nak cari adik dia rupanya.
"Woi , budok ! aok buat mende masuk rumah kawan ni??". Entah dari mana , budak yang tidak berbaju masuk ke dalam rumah Pak Eng. "Balik ! Balik! kang hilang laptop kawan ...."
Budak itu melompat dan hilang . Takut dengan Bakar barangkali.
"Gini Adil, kawan balik ni nak citer pasal tanah kita kat tepi sungai tu, ada tokey cina nak beli. Harga yang dia nak beli , kira2 boleh la kalau kita nak melancong ke Mauritus."
"Habis dah tanah ayoh kawan jual weh.....Aok tu bodo sangat duk lama ngat kat luar negeri ngape ?"
Adil gelak kecil.
"Gampang! dah tu apa lagi harta yang kita ada ?", Bakar mula menyirap.
"Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!", Adil memoncong mulut ke satu sudut.
Honda lampu bulat kaler kelabu , bertongkat dua, cermin capang, seat koyak, tayar separuh botak, plat number patah. Atas handle tersergam seekor ayam jantan bersedia utk berkokok.
"Kok kok kok kooookkkkkkkkkk"
Kokokan ayam tanda petang di kampung Bunohan.....
"Arghhhhhhhhhhhhhhhh......"
Di selang seli dengan jeritan Bakar. Pak Eng tersengih dari dalam bilik menerima sms dari Normah, janda beranak tiga.
13 Februari 2012
Road to Changloon (part 2)
Mata Hamid tertancap ke luar. Gelap malam makin lama memekat. Penat Hamid bermain takraw petang tadi di sulam dengan urutan kecil di belakang peha dan atas keting. Kadang2 dia mengalih pandangan ke kanan. Kekadang ke kiri. Macam dalam drama2 Melayu biasa buat agar kelihatan seperti memikirkan sesuatu....
Rumah tempat melepak Hamid dan rakan2 kampung sedikit bingar.Itulah penyebab Hamid mengambil keputusan mengesot ke luar pintu menghala ke lebuh. Angin sepoi2 malam yang beralun lembut menambahkan lagi selesa Hamid menyandar di kepala pintu.
"Aok mikir ke mende , Mid ?", tanya Samad yang berbadan gempal. Motor Samad yang berkuasa tinggi lengkap dengan ekzos menala ke bulan membuatkan dirinya di kenali seantero kampung. Badannya yang boyot jika dalam keadaan topless serta berkain pelekat amatlah tidak manis di pandang utk tatapan umum.
"Aku nak masuk U la , Samad!", jawab Hamid dalam keadaan separuh sedar. Dia sebenarnya malu nak menyatakan hasrat sebegitu kepada rakan2 kampung. Scene masuk U di kalangan rakan2 lepak Hamid amatlah begitu rare sekali. Rata2 nya hanya berkelulusan SRP atau SAP. Paling letup pun SPM sahaja. Selepas itu habis semua berderu keje kilang berhampiran bandar. Itu sebab Hamid teramat malu tetapi apa kan daya , terlajak perahu boleh di undur bak kata orang tua tua.
"KAH KAH KAH KAH KAH KAH ....woi....kawan kawan...Hamid nak masuk U ... Hamid nak masuk U ".
Rumah lepak Hamid bergegar dengan gelak ketawa. Hamid tersandar meletakkan kepala di dinding sambil menghela nafas.
"Terima kasih kawan kawan", jawab Hamid dalam hati walau pun muka nya kelat dan pahit menahan malu.

25 Januari 2012
Road to Changloon
"kat U best ke wehh ?", Hamid bertanya dalam gelap usai kenduri tahlil di rumah jiran kampung.
"Hmm....aok kalaa nak nengok geng2 underground lagi best kat U...", Midun menjawab dalam gelap. Walaupun acara yang di hadiri berbentuk keagamaan , dia lebih selesa berbaju Slayer dan berseluar jeans nampak lutut.
"Ye ke wehh ?", Hamid sedikit teruja mendengar penjelasan Midun yang berkelulusan UPM itu.
"Death Metal ada, Black Metal ada, Punk ada, Industrial ada..."
"Carburator Dung ?"
"Hmm....", Midun memandang ke depan yang gelap. Malam itu menjadi titik tolak kepada perubahan atau penghijrahan Hamid dari mahu sangap dalam SPM atau mahu lebih up lagi menembus pintu universiti. Tujuan nya hanya satu. Mahu berjumpa rakan2 sekepala yang ke arah metal2 dan bawah tanah. Muzik2 berirama syahdu dan menangis kerana berebut perempuan begitui di gemari oleh rakan2 sebayanya. Jika ini di teruskan , cita2 rebel mahu ke universiti tidak akan tercapai. Tambahan pula, keadaan persekitaran sekolah yang tak berapa nak kondusif orang kabor. Guru ganti silih berganti. Pelajaran2 berbentuk matematik dan sains sering di pandang sepi. Itu seolah2 sukar di-A kan.
"Belajar rajin....kawan balik dulu ek....esok malam ngeteh dok ?", tanya Midun.
"ngeteh ngeteh ....", jawab Hamid sambil meraba2 syiling dalam poket kanan.
"Tinggal 50 sen je nih...ngeteh ke mender...."
Malam semakin larut. Cita2 baru budak kampung bernama Hamid kembali mekar.
...bersambung...

03 Januari 2012
Cerpen Reverse : Episod (n) Nyah kau dari hidup ku, musibat !
Kaki Apit melangkah longlai ke tebing sungai . Matanya kuyu menunjukkan betapa penatnya dia menghadapi segalanya ini. Ya! Mesin masa berupa jam tangan yang dahulunya menjadi idaman serta rebutan penduduk kampung Baginda Ali sekarang menjadi igauan ngeri buat Apit.
"Celaka, aku ingat kau pembawa tuah, rupanya pembawa celaka, pembawa bala. Ptuiiiiii!!", Apit meludah ke arah mesin masa beberapa kali tanda geram tidak terperi. Peristiwa2 yang telah di laluinya begitu perit utk di kenang. Dia memejam mata rapat2. Seakan akan mahu membuang imej2 hitam dalam memorinya.
Pelbagai zaman telah di lalui dengan mesin masa tersebut. Zaman Jepun, Zaman Snow White, Zaman Paramewara, Zaman 13 Mei, Zaman Badang, Zaman Pak Pandir , Zaman jack and the beanstalk, peh! memang merepek kalau di fikirkan secara logik pengembaraan Apit mengharungi semua ini.
Setiap hari dia akan di beri misi dalam setiap zaman yang berlainan. Misi itu akan terpapar di skrin jam dan Apit perlu melangsaikan misi itu dalam tempoh 24 jam, jika tidak dia akan terperangkap dalam zaman itu buat selama lamanya.
Wajah Dayang kepada Tun Teja , iaitu Dayang Zalila masih terngiang ngiang di mindanya. Wajah gergasi Sir Hadi dalam zaman jack and the beanstalk juga masih segar . Wajah pembelot Melayu , Daim Sarul dalam zaman Jepun tidak akan di lupa kan nya.
"Sekarang , aku ingin bebas. Aku tidak mahu lagi terikat dengan mende musibat ini lagi. Nyah ! ko dari hidup ku ! Nyahhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Dengan sepenuh kudrat, jam tangan berupa mesin masa itu melambung ke udara sejenak sebelum jatuh ke dalam sungai.
Debushhhhhh!!!
Mesin masa itu perlahan2 tenggelam dari permukaan air. Sirna. Hilang dalam gelap air di dasar.
Apit menghela nafas lega. Dia berpusing lalu meninggalkan tebing sungai. Biar derita ini dia seorang sahaja yang tahu. Janganlah ada manusia lagi yang menerima nasib sepertinya. Jangan!
TAMAT.
bersambung ke blog Zalila
15 Disember 2011
jiwang la sikit kalau dah tua tua begini ye dak ?
Perkara pertama yang perlu dibuat jika sudah lama tidak update blog, ialah kasi up dulu cat baru....
24 November 2011
cerpen indie #21 : Ramli Yang Gila (veri cerpen berantai)
Episod 1 : Ramli yang sepi
Episod 2 : Layla Oh Layla
Episod 3 : Layla.. Hatiku Belum Milikmu, Begitu Juga Rudeen
Episod 4 : Lima Hati
Episod 5 : Hati Kontras & Hakikat
Episod 6 : Cinta Harus Memiliki
Episod 7 : Cinta tak Semestinya bersatu
"Eh Tok! Mana bakal pengantinnya? Tak ikut sekali ke?", tanya ahli rombongan.
"Ada. Dia ke tandas kejap. Seram sejuk lah tuh", Tok Siak masih berlucu.
"Ehem! Ehem!"
Mata hadirin tertumpu ke belakang surau. Suara deheman datang dari balik pintu tandas. Haji Rizal muncul tampan bergaya dengan baju batik hijau pucuk pisang.
---
"Apa ?", cerkah Haji Rizal.
Hadirin masing2 menutup mulut menahan ketawa. Kecuali Ramli yang menyandar sendirian di hujung tanjung. Hatinya bagai retak menanti belah. Dia seperti duduk di awang awangan. Genggaman penumbuk perlahan2 di bentuk sambil menghentak secara sederhana pada badan kereta Datsun Tonggek Haji Rizal.
"Celaka ! ", gertak Ramli dalam hati.
"Aku nak beri nasihat kat si Hadi ni. Gementar tak sudah..he he he .. orang baru nak menikah la katan kan ... Teringat aku masa muda muda dulu...he hehe", Haji Rizal menyeringai sendirian mengingat kembali arwah isteri dia , Mak cik Kamariah. "Hek eleh...", tok siak menyengetkan mulut tanda boring dengan kata2 Haji Rizal yang mengada
ngada itu. Isteri Haji Rizal meninggal akibat terkena panahan petir semasa bermain layang layang. Mengikut cerita urban legend dan sedikit tokok tambah gosip orang kampung, Mak cik Kamariah terlebih spirit nak ikut Benjamin Franklin lepas menengok siaran Nesyenel Geograpik.
"Dah dah...perkara yang baik ni jangan di tangguh2 kan...tak elok.", Tok Siak surau bertegas setelah melihat keadaan menjadi meleret leret. Ini bukan perkara main main. Ini perkara nak 'mendirikan masjid'.
"Ramli, ko bawa kete bawa rombongan ke rumah Pak Borhan ek?"
"Ramli ? Ramli ? Oii ko pekak ke ?"
Tercelepuk rokok gudang garam jatuh dari jari Ramli. Jauh betul lamunan sehingga jeritan tok siak yang tak sampai 1 meter darinya pun tak didengari.
"Dah la pemalas , pekak pulak tu", Tok siak membalas seraya menepuk belakang Ramli yang masih tengah nak menstabilkan diri masuk ke alam nyata. Sejak dari dulu lagi , orang kampung memang memandang rendah kepada Ramli. Dulu dia memang budak yang cerdik semasa sekolah rendah. UPSR dapat 5A tetapi entah kenapa selepas terkena demam panas selepas keputusan UPSR, otak dia jadi downgrade. Ilmu Matematik dia jadi macam mengundur 5 tahun ke belakang. Hancur berkecai perasaan hati Mak cik Lemah nak melihat Ramli pergi ke MRSM.
Rombongan bergerak perlahan menyusuri jalan kecil kampung. Ada 2 kereta dan satu motosikal berupa Vespa. Kereta Datsun Tonggek Haji Rizal, Kereta Proton Saga versi awal milik Dahlan , seorang pencen kerajaan dan skuter milik Haji Suib, seorang pencen askar. Ramli bertugas mengepalai rombongan membawa kereta Haji Rizal. Haji Rizal di sebelah Ramli dan Tok Siak duduk menyandar di kerusi belakang. Haji Rizal ni sebenarnya agak cermat orangnya. Kereta dia memang berjaga dan berkilat sepanjang masa termasuk musim hujan. Kalau hujan, dia akan mencuci keretanya terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah. Itu kadang2 menjadi buah mulut orang kampung juga, dia lambat sembahyang maghrib semata2 buat perkara duniawi tersebut.
Shhhhreeekkkk!!Shhhhreeekkkk!!
Haji Rizal menyenget ke tingkap kereta. Hampir tercampak kopiah beliau. Tok Siak pun begitu. Serban sudah tercabut dari ikatan. Keadaan menjadi huru hara. Datsun Haji Rizal tiba2 menukar haluan dengan laju seolah2 satu perlumbaan rally Paris Dakkar.
Ramli merenung Haji Rizal dan Tok Siak dengan sorotan ganas. "Ko dah gila ke Ramli?" "ko nak bunuh kami ke ? " Haji Rizal tercungap2 mencari oksigen. Dadanya beralun laju.Kelajuan kereta sekarang mendadak menjadi 140km/j. Paling biasa kereta tua ni hanya boleh pergi 80km/j sahaja. Ini dah kira keluar dari spesifikasi.
"Kalau aku kecewa, biar semua orang kecewa" , jerit Ramli dengan kadar yang sangat kuat. Haji Rizal terlopong. Kalau time tu dia hisap rokok, boleh buat efek bulat bulat. Tok Siak dah pengsan di belakang. Kelajuan sebegitu tidak sesuai dengan usia beliau. Datsun Haji Rizal masuk ke jalan utama meninggalkan rombongan di belakang.
"Ko ni memang dah gilaaaa!!", Haji Rizal menjerit. Ramli menjeling sambil menguntum senyuman. Senyum yang gila.
NOKTAH
Mak Zalila pengsan di bilik Zalila. Tertulis di cermin solek dengan tulisan gincu.
"Selamat tinggal mak, Zalila kecewa dengan Hadi."
Seluruh saudara yang bertandang menjadi kaget tahap dewa. Zalila hilang entah ke mana.
...bersambung di blog Zalila
05 November 2011
cerpen indie #20 : Ramli Yang Sepi. (veri cerpen berantai)
Ayam berkokok di luar. Ramli menggaru2 belakang dengan garpu kayu gergasi. Memang nikmat yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata kata. Penganggur terhormat sepertinya memang begitulah rutin saban hari. Bangun tidur seawal jam 10 pagi tatkala matahari sudah menerjah laju di jendela. Semacam ada pengiraan alam , jam 10 pagi sinar mentari akan tepat2 menembak di bahagian matanya. Ketika itu juga, dia akan bingkas bangun kerana tidak tahan akan panas matahari yang terletak berbillion kilometer kelajuan cahaya di atas sana.
"Pemalas!"
Mak cik Lemah sudah membising di luar rumah. Ayam2 di luar sudah kelaparan. Anak sendiri di atas rumah pun kalau di ikutkan lapar juga. Tapi anak teruna Mak cik Lemah sudah dewasa dan sudah patut membela anak orang. Rakan sebaya Ramli semua sudah beranak pinak. Syarul anak Pak Long Leman Teksi , sudah 3 anak. Semua sudah masuk sekolah rendah. Kalau pagi2 , penuhlah motor kapchai Syarul dengan anak2 serta beg2 sekolah. Nampak kalau dari segi undang2 jalan raya, memang bahaya. Tapi kalau tengok lagi sekali, tampak mithali pun ye juga. Hadi, anak Pak Ngah Hashim , sudah bertunang dengan Zalila anak Pak Long Kamil , tokey kedai kopi di hujung kampung. Kedai kopi Pak Long Kamil biasa sahaja tetapi tetap menjadi tumpuan orang kampung terutama orang pencen. Biasalah , orang pencen sukakan sukan gusti. Memang itulah siaran tetap dari pagi membawa ke petang. Orang muda memang tak boleh masuk sangat tetapi sekali sekala pergi juga mengeteh. Maklumlah itu sahaja hiburan yang ada ketika itu. Nak melanggan Astro memang tak mampu. Unifi lagi lah merepek. Penduduk Kampung Simpang Sepetang rata2 nya kerja sendiri.
"Mak dah cakap, cari kerja , cari kerja, ko tak nak ... sekarang Zalila tu dah bertunang dengan Si Hadi , ko pulak yang nak bermusuh dengan Hadi. Ko tak boleh salahkan Hadi. Dia tu ada kerja. Cinta sahaja tak cukup zaman sekarangg....!!".
Itu skrip biasa mak cik Lemah utk syarahan pagi itu. Ayam di depan mak cik Lemah mengangguk2 laju tanda setuju.
"Arrghhhhh.....saya nak Zalila juga..saya tak kira...", kata Ramli sambil menampar dinding kayu rumah tuanya.
"Ko nak bagi dia makan apa ? Makan dengan cinta ?", mak cik Lemah mula memanaskan suasana.
Ramli mengetap bibir. Dengan jari telunjuk , dia menarik baju tshirt kosong dari ampaian tali rupia di biliknya dan memakai jeans.
Vroommmmmm...Preng...Prenggg.....
"Nak kemana tu , Ramli ???????"
...bersambung ke blog Zalila
Langgan:
Catatan (Atom)