24 November 2011

cerpen indie #21 : Ramli Yang Gila (veri cerpen berantai)



Episod 1 : Ramli yang sepi
Episod 2 : Layla Oh Layla
Episod 3 : Layla.. Hatiku Belum Milikmu, Begitu Juga Rudeen
Episod 4 : Lima Hati
Episod 5 : Hati Kontras & Hakikat
Episod 6 : Cinta Harus Memiliki
Episod 7 : Cinta tak Semestinya bersatu 

"Eh Tok! Mana bakal pengantinnya? Tak ikut sekali ke?", tanya ahli rombongan.
"Ada. Dia ke tandas kejap. Seram sejuk lah tuh", Tok Siak masih berlucu.

"Ehem! Ehem!"

Mata hadirin tertumpu ke belakang surau. Suara deheman datang dari balik pintu tandas. Haji Rizal muncul tampan bergaya dengan baju batik hijau pucuk pisang.

---


"Apa ?", cerkah Haji Rizal.

Hadirin masing2 menutup mulut menahan ketawa. Kecuali Ramli yang menyandar sendirian di hujung tanjung. Hatinya bagai retak menanti belah. Dia seperti duduk di awang awangan. Genggaman penumbuk perlahan2 di bentuk sambil menghentak secara sederhana pada badan kereta Datsun Tonggek Haji Rizal.

"Celaka ! ", gertak Ramli dalam hati.

"Aku nak beri nasihat kat si Hadi ni. Gementar tak sudah..he he he .. orang baru nak menikah la katan  kan ... Teringat aku masa muda muda dulu...he hehe", Haji Rizal menyeringai sendirian mengingat kembali arwah isteri dia , Mak cik Kamariah. "Hek eleh...", tok siak menyengetkan mulut tanda boring dengan kata2 Haji Rizal yang mengada

ngada itu. Isteri Haji Rizal meninggal akibat terkena panahan petir semasa bermain layang layang. Mengikut cerita urban legend dan sedikit tokok tambah gosip orang kampung, Mak cik Kamariah terlebih spirit nak ikut Benjamin Franklin lepas menengok siaran Nesyenel Geograpik.

"Dah dah...perkara yang baik ni jangan di tangguh2 kan...tak elok.", Tok Siak surau bertegas setelah melihat keadaan menjadi meleret leret. Ini bukan perkara main main. Ini perkara nak 'mendirikan masjid'.

"Ramli, ko bawa kete bawa rombongan ke rumah Pak Borhan ek?"
"Ramli ? Ramli ? Oii ko pekak ke ?"

Tercelepuk rokok gudang garam jatuh dari jari Ramli. Jauh betul lamunan sehingga jeritan tok siak yang tak sampai 1 meter darinya pun tak didengari.

"Dah la pemalas , pekak pulak tu", Tok siak membalas seraya menepuk belakang Ramli yang masih tengah nak menstabilkan diri masuk ke alam nyata. Sejak dari dulu lagi , orang kampung memang memandang rendah kepada Ramli. Dulu dia memang budak yang cerdik semasa sekolah rendah. UPSR dapat 5A tetapi entah kenapa selepas terkena demam panas selepas keputusan UPSR, otak dia jadi downgrade. Ilmu Matematik dia jadi macam mengundur 5 tahun ke belakang. Hancur berkecai perasaan hati Mak cik Lemah nak melihat Ramli pergi ke MRSM.

Rombongan bergerak perlahan menyusuri jalan kecil kampung. Ada 2 kereta dan satu motosikal berupa Vespa. Kereta Datsun Tonggek Haji Rizal, Kereta Proton Saga versi awal milik Dahlan , seorang pencen kerajaan dan skuter milik Haji Suib, seorang pencen askar. Ramli bertugas mengepalai rombongan membawa kereta Haji Rizal. Haji Rizal di sebelah Ramli dan Tok Siak duduk menyandar di kerusi belakang. Haji Rizal ni sebenarnya agak cermat orangnya. Kereta dia memang berjaga dan berkilat sepanjang masa termasuk musim hujan. Kalau hujan, dia akan mencuci keretanya terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah. Itu kadang2 menjadi buah mulut orang kampung juga, dia lambat sembahyang maghrib semata2 buat perkara duniawi tersebut.

Shhhhreeekkkk!!Shhhhreeekkkk!!

Haji Rizal menyenget ke tingkap kereta. Hampir tercampak kopiah beliau. Tok Siak pun begitu. Serban sudah tercabut dari ikatan. Keadaan menjadi huru hara. Datsun Haji Rizal tiba2 menukar haluan dengan laju seolah2 satu perlumbaan rally Paris Dakkar.

Ramli merenung Haji Rizal dan Tok Siak dengan sorotan ganas. "Ko dah gila ke Ramli?" "ko nak bunuh kami ke ? " Haji Rizal tercungap2 mencari oksigen. Dadanya beralun laju.Kelajuan kereta sekarang mendadak menjadi 140km/j. Paling biasa kereta tua ni hanya  boleh pergi 80km/j sahaja. Ini dah kira keluar dari spesifikasi.

"Kalau aku kecewa, biar semua orang kecewa" , jerit Ramli dengan kadar yang sangat kuat. Haji Rizal terlopong. Kalau time tu dia hisap rokok, boleh buat efek bulat bulat. Tok Siak dah pengsan di belakang. Kelajuan sebegitu tidak sesuai dengan usia beliau. Datsun Haji Rizal masuk ke jalan utama meninggalkan rombongan di belakang.

"Ko ni memang dah gilaaaa!!", Haji Rizal menjerit. Ramli menjeling sambil menguntum senyuman. Senyum yang gila.

NOKTAH


Mak Zalila pengsan di bilik Zalila. Tertulis di cermin solek dengan tulisan gincu.

"Selamat tinggal mak, Zalila kecewa dengan Hadi."

Seluruh saudara yang bertandang menjadi kaget tahap dewa. Zalila hilang entah ke mana.


...bersambung di blog Zalila



Tiada ulasan: