25 Januari 2012

Road to Changloon

"kat U best ke wehh ?", Hamid bertanya dalam gelap usai kenduri tahlil di rumah jiran kampung.
"Hmm....aok kalaa nak nengok geng2 underground lagi best kat U...",  Midun menjawab dalam gelap. Walaupun acara yang di hadiri berbentuk keagamaan , dia lebih selesa berbaju Slayer dan berseluar jeans nampak lutut.

"Ye ke wehh ?", Hamid sedikit teruja mendengar penjelasan Midun yang berkelulusan UPM itu.

"Death Metal ada, Black Metal ada, Punk ada, Industrial ada..."

"Carburator Dung ?"

"Hmm....", Midun memandang ke depan yang gelap. Malam itu menjadi titik tolak kepada perubahan atau penghijrahan Hamid dari mahu sangap dalam SPM atau mahu lebih up lagi menembus pintu universiti. Tujuan nya hanya satu. Mahu berjumpa rakan2 sekepala yang ke arah metal2 dan bawah tanah. Muzik2 berirama syahdu dan menangis kerana berebut perempuan begitui di gemari oleh rakan2 sebayanya. Jika ini di teruskan , cita2 rebel mahu ke universiti tidak akan tercapai. Tambahan pula, keadaan persekitaran sekolah yang tak berapa nak kondusif orang kabor. Guru ganti silih berganti. Pelajaran2 berbentuk matematik dan sains sering di pandang sepi. Itu seolah2 sukar di-A kan.

"Belajar rajin....kawan balik dulu ek....esok malam ngeteh dok ?", tanya Midun.

"ngeteh ngeteh ....", jawab Hamid sambil meraba2 syiling dalam poket kanan.

"Tinggal 50 sen je nih...ngeteh ke mender...."


Malam semakin larut. Cita2 baru budak kampung bernama Hamid kembali mekar.

...bersambung...

Tiada ulasan: