Mata Hamid tertancap ke luar. Gelap malam makin lama memekat. Penat Hamid bermain takraw petang tadi di sulam dengan urutan kecil di belakang peha dan atas keting. Kadang2 dia mengalih pandangan ke kanan. Kekadang ke kiri. Macam dalam drama2 Melayu biasa buat agar kelihatan seperti memikirkan sesuatu....
Rumah tempat melepak Hamid dan rakan2 kampung sedikit bingar.Itulah penyebab Hamid mengambil keputusan mengesot ke luar pintu menghala ke lebuh. Angin sepoi2 malam yang beralun lembut menambahkan lagi selesa Hamid menyandar di kepala pintu.
"Aok mikir ke mende , Mid ?", tanya Samad yang berbadan gempal. Motor Samad yang berkuasa tinggi lengkap dengan ekzos menala ke bulan membuatkan dirinya di kenali seantero kampung. Badannya yang boyot jika dalam keadaan topless serta berkain pelekat amatlah tidak manis di pandang utk tatapan umum.
"Aku nak masuk U la , Samad!", jawab Hamid dalam keadaan separuh sedar. Dia sebenarnya malu nak menyatakan hasrat sebegitu kepada rakan2 kampung. Scene masuk U di kalangan rakan2 lepak Hamid amatlah begitu rare sekali. Rata2 nya hanya berkelulusan SRP atau SAP. Paling letup pun SPM sahaja. Selepas itu habis semua berderu keje kilang berhampiran bandar. Itu sebab Hamid teramat malu tetapi apa kan daya , terlajak perahu boleh di undur bak kata orang tua tua.
"KAH KAH KAH KAH KAH KAH ....woi....kawan kawan...Hamid nak masuk U ... Hamid nak masuk U ".
Rumah lepak Hamid bergegar dengan gelak ketawa. Hamid tersandar meletakkan kepala di dinding sambil menghela nafas.
"Terima kasih kawan kawan", jawab Hamid dalam hati walau pun muka nya kelat dan pahit menahan malu.
1 ulasan:
Takpe Hamid, keh nyokong, Tok 4 pun setuju nak sponsor aok tu. :-)
Catat Ulasan