05 November 2011

cerpen indie #20 : Ramli Yang Sepi. (veri cerpen berantai)


Ayam berkokok di luar. Ramli menggaru2 belakang dengan garpu kayu gergasi. Memang nikmat yang tidak dapat diterjemahkan dengan kata kata. Penganggur terhormat sepertinya memang begitulah rutin saban hari. Bangun tidur seawal jam 10 pagi tatkala matahari sudah menerjah laju di jendela. Semacam ada pengiraan alam , jam 10 pagi sinar mentari akan tepat2 menembak di bahagian matanya. Ketika itu juga, dia akan bingkas bangun kerana tidak tahan akan panas matahari yang terletak berbillion kilometer kelajuan cahaya di atas sana.

"Pemalas!"

Mak cik Lemah sudah membising di luar rumah. Ayam2 di luar sudah kelaparan. Anak sendiri di atas rumah pun kalau di ikutkan lapar juga. Tapi anak teruna Mak cik Lemah sudah dewasa dan sudah patut membela anak orang. Rakan sebaya Ramli semua sudah beranak pinak. Syarul anak Pak Long Leman Teksi , sudah 3 anak. Semua sudah masuk sekolah rendah. Kalau pagi2 , penuhlah motor kapchai Syarul dengan anak2 serta beg2 sekolah. Nampak kalau dari segi undang2 jalan raya, memang bahaya. Tapi kalau tengok lagi sekali, tampak mithali pun ye juga. Hadi, anak Pak Ngah Hashim , sudah bertunang dengan Zalila anak Pak Long Kamil , tokey kedai kopi di hujung kampung. Kedai kopi Pak Long Kamil biasa sahaja tetapi tetap menjadi tumpuan orang kampung terutama orang pencen. Biasalah , orang pencen sukakan sukan gusti. Memang itulah siaran tetap dari pagi membawa ke petang. Orang muda memang tak boleh masuk sangat tetapi sekali sekala pergi juga mengeteh. Maklumlah itu sahaja hiburan yang ada ketika itu. Nak melanggan Astro memang tak mampu. Unifi lagi lah merepek. Penduduk Kampung Simpang Sepetang rata2 nya kerja sendiri.

"Mak dah cakap, cari kerja , cari kerja, ko tak nak ... sekarang Zalila tu dah bertunang dengan Si Hadi , ko pulak yang nak bermusuh dengan Hadi. Ko tak boleh salahkan Hadi. Dia tu ada kerja. Cinta sahaja tak cukup zaman sekarangg....!!".

Itu skrip biasa mak cik Lemah utk syarahan pagi itu. Ayam di depan mak cik Lemah  mengangguk2 laju tanda setuju.

"Arrghhhhh.....saya nak Zalila juga..saya tak kira...", kata Ramli sambil menampar dinding kayu rumah tuanya.

"Ko nak bagi dia makan apa ? Makan dengan cinta ?", mak cik Lemah mula memanaskan suasana.

Ramli mengetap bibir. Dengan jari telunjuk , dia menarik baju tshirt kosong dari ampaian tali rupia di biliknya dan memakai jeans.

Vroommmmmm...Preng...Prenggg.....

"Nak kemana tu , Ramli ???????"

...bersambung  ke blog Zalila

1 ulasan:

Metal Sangap berkata...

harap ada sambungan