17 Oktober 2011

cerpen indie #18 : Budak Baru

Puan Zalila yang rabun jauh memasuki kelas. Usianya yang hampir mencecah 45 tahun membuatkan dia selalu lambat masuk ke kelas. Sebenarnya menurut cerita urban lejen, dia memang lambat dan seringkali tidak mematuhi masa kalau mengajar. Mungkin itu salah satu sebab dia masih tidak memegang jawatan2 strategik hatta jawatan kurang strategik juga.

"Bangun !" , separa jerit ketua kelas bernama Sarul. Budak nerd ini memang selalu nombor satu dalam kelas. Semua subjek dia score kecuali...hah! kalau Matematik Tambahan dia memang kena tapau dengan gua. Kalau dah Matematik Tambahan kene tapau apatah lagi Matematik Biasa. kalau dia dapat 100% , gua dapat 150%. Kes ni jarang di laporkan di dada2 akhbar.

"Selamat pagi cikgu."
"Selamat pagi, sila duduk". Begitulah ayat klise guru2. Cuba lah ubah ayat lain. "Selamat pagi , sila beristgfar ke". Baru la seimbang modal insan ye dak ?

"Hari ini cikgu nak buat pengumuman..."

"Cikgu nak pegi haji ke ?", teriak Apit, murid yang sering menimbulkan masalah displin dalam sekolah. Sudah beberapa kali di nasihat malah sudah sampai ke tahap mahu di denda tahap Penjara Pudu. Kesalahannya kecil sahaja tetapi melibatkan reputasi Sekolah Menengah Agama Al-Ikhsan. Rambut panjang. Dan satu lagi, Apit mengalami masalah rambut cepat panjang. Selang satu minggu, rambut dia dah menyamai rambut Ultimate Warrior. Itu yang merunsingkan ibubapa dan juga guru displin. Hendak salahkan dia seratus peratus pun tak boleh juga. Ada khabar angin mengatakan dia terkena sinar radioaktif semasa kes Chernobyl. Ayah dia membuat phD di sana. Ada khabar angin lain mengatakan , sinar itu juga yang membuatkan dia terror bermain badminton. Tak tahu lah sedang mana betulnya.

"Hishh...cikgu dah 4 kali buat haji dah....kasi can orang lain pulak..."

"Cepat aa cikgu...apa dia ?", bersuara Hadi, pelajar paling skima antara yang skima. Nak meniru dalam exam pun minta izin.

"Cikgu nak perkenalkan pelajar baru. Sila masuk Rudeen"

Dengan sekelip mata, kelas menjadi beku. tidak bergerak. Segala hukum fizik terbatal seketika.

..
..

Semenjak dari itu, pelajar2 yang bermasalah tidak lagi memberi masalah. yang tidak berdisplin memberikan kerjasama yang baik. Kuasa perempuan barangkali.
Sarul tidak mendapat nombor satu lagi. Rudeen menapau dengan bergaya sekali tetapi Rudeen dan Sarul tetap ditapau gua dalam subjek Matematik Tambahan. Sekolah Menengah Agama Al-Ikhsan terus gemilang dalam akademik dan badminton. Puan Zalila makin di mamah usia.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaekkk, membuat gua ketawa terbahak2 (cuma kahak je x keluar)