16 Ogos 2011

Interbiu Ringkas Pasca Bwf World Championship 2011 bersama Apit dan Muk.

Muk


Apit

1-Dua kali LCW mendapat kedudukan gamepoint tetapi masih gagal memberi tekanan kepada Lin Dan. Komen saudara ?

Apit (A) :Seperti semua sedia maklum bak kata pengulas hebat Hj.Hasbullah Awang... "Mata Hantu"...
Tidak dapat dinafikan debaran dan adrenaline rush LCW berada pada tahap kemuncak pada waktu itu, bukan calang2 atlit dapat bertahan dalam keadaan sedemikian... LCW dapat bertahan walaupun gagal pada akhirnya, tambahan pula tekanan untuk merangkul gelaran dalam kejuaraan dunia pertama disamping kemarau selama 34 tahun Malaysia dimana wakil dari Malaysia tidak pernah menjuarai sebarang gelaran kejohanan dunia sangat mempengaruhi setiap pergerakan dan pukulan LCW.... berbanding dengan LD yang pada pendapat saya tidak berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana telah pernah menjuarai World Championship sebanyak 3 kali sebelum ini (2006,2007,2009). Pada saya, LD hanya berhadapan dengan tekanan malu jika kalah dan tekanan mempertahankan maruah sahaja...

Muk (M) : LCW tidak agresif dalam erti kata lain dia gagal memberikan pukulan yang memberikan tekanan kepada lin dan pd kedudukan game point.sepatatutnya dia lebih agresif dan tidak mengharapkan lin dan untuk melakukan kesilpan untuk memberi mata kemenangan kepedanya.

2-Jika mengikut mitos, jika perlawanan berlanjutan kepada set ketiga, kelebihan akan memihak kepada Lin Dan. Pada perlawanan semalam, seakan2 LCW berjaya mengekang kemaraan Lin Dan seakan boleh memecahkan mitos itu. Apakah kesilapan yang tak sepatutnya LCW lakukan ?

A: Ya... memang diakui mitos tersebut tetapi persembahan LCW semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini menunjukkan peningkatan yang amat ketara sehingga dapat mengekang setiap percubaan LD untuk mematikan bola... ini satu perkembangan dan petanda positif yang ditunjukkan oleh LCW untuk terus cemerlang...

Pada pendapat saya, LCW telah berjaya melaksanakan strategi menghantar bola ke baseline dimana cara permainan sebegini tidak begitu disenangi oleh LD sejak dulu lagi... walaubagaimanapun LCW terlalu berhati-hati dan mempertaruhkan strategi hantaran bola ke baseline tanpa menumpukan strategi serangan pantas terutamanya pada 2 peluang terakhir untuk menamatkan permainan sehinggakan menjerat diri...

M : mitos itu tidak buleh di ambil pakai.sepatutnya LCW memberikan sepenuh tumpuan kepada permainan pd set ketiga kerana kekuatan mental yang memainkan peranan dalam menentukan kemenangan.dalam set 3 semalam.nampaknya LD lebih kuat mentalnya dan ini terbukti di mata akhir set penentuan.

3-Apakan kelemahan Lin Dan yang memberikan mata kepada LCW berdasarkan pemerhatian saudara pada game semlm ?

A: Sejak kebelakang ini, pergerakan LD saya rasakan telah agak perlahan berbanding sebelum dia berehat panjang kerana kecederaan lebih kurang 5 tahun lepas... kelemahan inilah yang banyak memberikan mata kepada LCW... Selain daripada itu, accuracy LD juga didapati menurun terutamanya pukulan-pukulan dijaring..

M : tiada kelemahan yang realistik.cuma siapa yang lebih agresif dan melakukan pukulan mengelirukan yang mengelirukan lawan akan mendapat mata.

4-Dengan umur yang makin meningkat, apakah target realistik bertaraf antarabangsa yang bisa LCW capai ?

A: Pada pendapat saya, tahun 2012 dan 2013 merupakan tahun-tahun terakhir beliau untuk memperolehi gelaran-gelaran yang belum pernah dimenanginya terutamanya gelaran dalam kejuaraan dunia dan emas Olimpik.. jika dalam jangka masa 2 tahun ini target tersebut tidak dapat dicapai, besar kemungkinan agak sukar untuk LCW memperolehinya selepas itu...
Ini juga bergantung kepada keadaan semasa seperti kecederaan... kecederaan belakang yang kerap berulang dikhuatiri boleh menjejaskan pemburuan gelaran-gelaran tersebut..




M : 32 tahun bg pemain yg berasal dr Asia

5-Sampai bila Malaysia masih mengharapkan kepada LCW. Guatemala (Cordon ) dan India sudah mula mengorak langkah menyusun pasukan bagi memecahkan tembok Cina. Apakah langkah2 yang patut BAM ambil bagi menghuraikan kemelut ini ?

A: Bagi saya, Malaysia khususnya BAM telah mengambil langkah wajar dengan memperkenalkan beberapa program pembentukan pelapis-pelapis negara.. kita masih menantikan kemunculan pelapis-pelapis negara seperti Darren Liew, Chong Wei Fern, Mohd Fadli, Mohd Arif dan tidak dilupakan juga anak bekas jurulatih LCW Datuk Misbun Sidek, Misbun Ramdan... tidak keterlaluan dikatakan bahawa pelapis-pelapis inilah yang dilihat antara yang paling hampir untuk menjadi pengganti LCW suatu masa kelak...
Selain daripada itu, masalah yang harus ditangani segera adalah kemelut persatuan itu sendiri... lebih mudah kita gambarkan bahawa jika negara mempunyai pengurusan pembangunan badminton yang baik, telus dan tiada kemelut, insyaallah kita boleh melahirkan lebih ramai pelapis-pelapis yang berpotensi untuk menggegarkan dunia, menyekat dominasi sekaligus merobohkan tembok China...

M : .lebih kerap turun padang ke peringkat akar umbi utk mencari pemain baru atau pun yg tercicir dan menaik taraf sistem latihan yang sedia ada

Tiada ulasan: