10 Ogos 2011

cerpen indie #13 : cerita tentang terawih.

Darjah 3.

KOMA.

Ayah gua bersiap siaga petang itu. Waktu hampir sirna Asarnya. Sedikit demi sedikit bumi Kg Senggora, tanah tumpah darah gua menggelap. Kalau kat Seattle , mungkin tengah nak tengah hari gamaknya. Ntah lah...gua tahu cerita Amerika ni pasal selalu tonton BJ And The Bear je. Sebab tu la , pemikiran gua time agak matang berbanding kanak2 lain.

"Dah siap ?" tanya ayah sambil ralit menghembus rokok Camel. Sementara tangannya mengusap2 basikal chooper kesayangan. Memang berkilat sampai tahap gua pun tak leh pegang dan test drive. Ada pro and kon la. Satu gua memang bengang la pasal tak dapat join aktiviti wili petang2. Duanya , bagus la ayah gua buat2 kedekut. Kalua basikal tu jahanam, dia nak pegi kerja dengan apa ? Dengan RXZ ? Dengan Gipang ? Ce jawab ce jawab ?

"Dah abah! ", jawab gua sambil summer sault terus ke tempat pembonceng di belakang. Attire gua simple sahaja. Tshirt sukan tahunan ada gambar bunga raya kat dada, seluar pendek beli kat pekan sehari dangan kain pelekat selepang dengan bahu tanda kasi nampak gengster dan maskulin.

TANDA SERUAN.

"Kruk Krik Kruk Krik". Bunyi basikal chooper bergerak perlahan dengan kelajuan malar 10km/j. Perjalanan biasanya mengambil masa 10 hingga 20 minit. Itu pasal , ayah gua amat mementingkan masa pelepasan. Kalau zaman sekarang, ayah ayah dah tak kisah. Time orang azan , relax lagi sedut air tebu. Dan qomat , baru start kereta. Kalau dengar ayah masih pakai basikal, tobat tak nak pegi masjid rasanya. Padahal , guna basikal la yang menyebabkan oksigen masih banyak utk di sedut.

NOKTAH BERTINDIH.

"Baca surah tab bat yada", arahan biasa dari ayah gua kalau naik basikal dengan dia. Secara auto , gua tekapkan telinga dengan tangan kanan tanda nak memulakan bacaan.

"Aaa 'uu zubillah hi minas ...", mendayu2 gua tarik. Gua tak belajar dengan sesiapa , cuma kopipes dari rancangan Musabaqoh Quran kat TV1 tiap2 tahun.

TANDA SOAL.

"Ala...tak yah la poyo sangat...baca biasa biasa je dah la", suara ayah perlahan. Rokok Camel masih lagi tercokeng di bibir. Bukan dia nak hisap sangat rokok tu. Asalkan ada di bibir sudah cukup. Mungkin bau tembakau tu beri dia spirit gamaknya utk meneruskan hidup sebagai orang kebanyakan di bumi Maran. Pencen dah la tak de. Harapkan duit kebajikan masyarakat aja. Kadang2 buat kerja sebagai wakil pos. Kadang2 ambil upah jaga kedai orang. Itulah dia Embong Zali , gelaran yang kuat melekat di kalangan orang kampung. Kaki nya yang cacat sebelah memudahkan orang utk memberi deskripsi.

BACKSLASH.

Usai habis ujian bacaan ayat lazim, dan ngam2 habis rokok Camel di bibir ayah gua, kami sampai di pintu surau atau lebih di kenali sebagai "Ballasah" oleh orang2 kampung.

"Wahai anak ku, ayah ingin memberi tahu, malam ini kita agak spesel sedikit"
"Kenapa ?", tanya gua sambil setting kain pelekat utk menutup lutut.
"Malam ini kita solat tarawih!!"

"Hah , apa tu ?", gua buat2 tak tahu. Kalau buat tahu, nanti ayah jadi malas nak explain lepas tu.

2 ulasan:

Hashim Zabidi berkata...

Taraweh belum berdiri, cerita dah habis. Jom mengeteh!

gunx berkata...

bila tu pak ngah ?