"Betul ke Tuan nak minum dulu ?", Pak Cik Salman , drebar tua dari Batu Kikir, Negeri Sembilan mengganggu lamunan gua. Malam di Los Angeles sepatutnya diisi dengan hati selapang jelapang padi. Atau seluas dahi professor sains di NASA. Kenapa mahu serius sepanjang waktu. Hati ada hak untuk bergembira. Dan Pak Cik Salman ,drebar tua dari Batu Kikir, Negeri Sembilan ternyata tergolong dalam gangguan itu.
"Pak cik ! Berhenti sahaja, Saya mahu berehat sekejap. Acara itu lambat lagi, tidak perlu risau.", gua cuba berbicara dengan selembut mungkin. Kalau gua nak kasar2 pun boleh sebenarnya, tapi gua tak mahu. Ini tempat orang. Amerika. Gua nak tunjuk orang Asia , akal di kepala, nafsu kita kuda-kudakan.
Dalam keadaan samar2, dan juga ehem...angin di kota perfileman Hollywood ternyata tidak sesejuk di kampung gua di Maran. Sejuk dan bermakna.
"Wow! nice to meet you , Mr Rizal. You suppose to be on stage now , right ?", budak mat salleh pelayan restoran yang gua agak2 dalam usia 15 tahun gua pandang atas bawah atas bawah.
"Aok tak sekoloh ke ?", tanya gua dalam dialek Pahang.
"Err....saa yaarr sirr dung ber cuu ti , twooo oneee!!", jawab dia terketar2.
"bawa milo ais tabur satu, cepat sikit!!!", gertak gua beserta muka bengis.
Sepantas cahaya dia berlari kencang ke dapur.
Ternyata, akibat dari filem gua yang memenangi Oscar saban tahun , bahasa Melayu dipelajari hampir 80% penduduk dunia. Bahasa Melayu kini dianggap bahasa wajib dalam filem2 antarabangsa. Baru2 ini, filem Avatar 5 tidak mendapat box office. Bukan kerana jalan cerita atau kesan khas CGI tidak cantik. Hanya skrip tidak di buat 80% dalam bahasa Melayu. Masyarakat dunia tidak dapat menerima. James Cameron mengikut jejak langkah Michael Bay membunuh diri terjun di tingkat 14 di pejabatnya.
Gua teringat ketika gua membuat tayangan perdana di panggung Los Angeles, filem pertama gua bertajuk "Banjir di Kampung Saya", suratkhabar Utusan Malaysia terutamanya kerap menghentam dan menkritik membabi buta. Gua di katakan orang kampung ambitious tak bertempat. Dengan kelulusan gua belajar sijil di Filem Akademi Unggul Gila, milik Dato' Rozinor Razali yang kebetulan anti kerajaan, hasil karya gua sering di tolak tepi. Hanya filem2 Dato' Suhaimi Sujak dan juga Dato' Sarul di terima masuk panggung. Filem ke-16 mereka yang gua rasa level2 drama swasta sahaja mendapat tempat di media2 perdana untuk tujuan promosi. Gua tahu mereka sebenarnya tak art sangat. Berat ke nak jadi cover URTV sahaja. Gua tahu itu semua. Tapi gua buat relax. Gua ada plan lain.
Berbekalkan semangat pengarah2 filem idola gua seperti Mat Sentul dan Z Lokman, gua pergi ke luar negara. Detik2 nak menjadi star, tak payah gua nak cerita, nanti menimbulkan riak.
"Here's your drink , sir"
Lamunan sejarah wiki gua ter-pause.
"Tittt!! Tittt!!!!"
"Sir, be ready to make a speech in 5 minutes...", PA gua teks dari auditorium.
Gua hirup milo syrpppp!....syrpppp!! . Tahun ini, gua mempertaruhkan filem "Banjir di Kampung Saya 3". Gua masih ambil pelakon tempatan. Muda dan veteran gua campurkan. Bahasa Melayu di agungkan. Budaya kita lestarikan. Itu sahaja resipi gua sepanjang tahun. Fasha Sanda , kini sudah berusia 66 tahun. Gua masih ambil dia berlakon. Watak hantu , orang gaji dan ibu yang mempunyai anak derhaka masih tetap mantap di bawa. Dia memang lagenda.
"Dato'! Sila beri ucapan...", Pak Cik Salman stedi menghulurkan henpon pintar kepada gua. Aplikasi HD Video Call di aktifkan.
"Terima kasih kepada semua. Sayangilah ibu dan bapa anda dan jauhilah dari najis dadah.".
Dari skrin henpon , gua dapat lihat hampir semua hadirin berdiri dan bertepuk tangan selepas mendengar ucapan gua. Tidak kurang juga , ada yang menangis meraung2 dan ada juga pengsan akibat histeria yang hyper.
"Tup!", gua off henpon.
"Bawa milo ais tabur lagi satuuuuu ", gua jerit dari balkoni restoran yang mengadap laut. Kecik kepala pelayan tadi berlari ke dapur.
2 ulasan:
Dato' terlupa sesuatu dlm ucapan tu... "Bahasa jiwa bangsa"
tanpa nama, peh...betul juga tu...
Catat Ulasan