11 Januari 2011

Tinta Buat Bapa saudara di 'sana'.




Bapa saudaraku,

Kelibatmu mendatangkan senyum sesiapa
Kelibatmu menghapuskan duka nestapa
Hulur bantumu tidak mengenal tali saudara
Ringan tanganmu , murah senyummu

Bapa saudaraku,

Kelibatmu kini sirna seperti di janji Yang Maha Esa
Jasad pinjamanmu kini kembali menyembah bumi
Kami tersentak akan tangkasnya malaikat merampas masa
Kami hauskan senyum gurau mu ketika bermuamalat bersama

Bapa saudaraku,

Tinggallah engkau di sana menagih janji Tuhan kita.
Budi baktimu tetap terpatri di segenap lorong2 kecil hatiku.
Segala tutur nasihatmu akan ku gantung setinggi angkasa.
Tenanglah jasadmu berkatilkan kubur peneman setia.

Rizal Gunx, Selasa , 11 Jan 2011, 12:45am
(Ku dedikasikan tinta ini buat Allahyarham Ustaz Haji Mustafa Awang Teh , bapa saudara tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Jan 2011 , Isnin pada jam 11:40 mlm di Hospital Temerloh akibat kemalangan motorsikal. Al Fatihah)

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mantapgunx...

Unknown berkata...

terima kasih....

Hashim Zabidi berkata...

Al Fatihah! mudah-mudahan Almarhum bersama-sama orang yang beriman, amin.

Unknown berkata...

pak ngah, amin moga di rahmati...sebetulnya arwah amat rapat dengan saya, dia sudah ibarat pengganti arwah bapa saya. namun, Allah ternyata sayangkan dia...