Gua kuak tingkap perlahan2 menandakan hari baru nak bermula. Memang sedak kalau bikin karangan sajak prentan ni. Idea ni bagai rezeki bak kata bijak pandai. Kalau berpagi2 nescaya melimpah ruah lah . Rezeki bukan la hanya duit berkoyan2 di Sungai Koyan. Tanda nafas boleh turun naik kira ok la tu. Makan tak makan kang belakang kira. Kat Maran ni, barai macam mana pun, makan tetap boleh makan. Jiran2 ni walaupun mulut kuat mengata, bab2 tolong menolong ni memang Amerika tak boleh celen lagi setakat ini.
Prap! Prap! Prap! Prap!
Bunyi karipap menari di dalam kuali. Ibu ralit merenung paras masak karipap. Kalau rentung pun tak jadi, Kalau mentah sangat pun , tak jadi juga . Hidup di dunia pun macam rupa gitu itu juga sebenarnya. Tak boleh berlebih2 dalam semua perkara. Nak bersembahyang sampai tak nak berkahwin , itu gila namanya. Menolak perkahwinan merupakan malapetaka bagi manusia. Jap! Jap! gua sebenarnya nak cerita pasal sedapnya karipap mak gua buat.
Prap! Prap! Prap! Prap!
Gua renggangkan tangan sambil membiarkan angin pagi membelai perlahan jiwa. Alhamdulillah , pagi itu terasa begitu damai sekali. Semacam satu nikmat yang tak terbayar harganya sebagai seorang manusia. Gua terkasima juga sebenarnya , kenapa art sangat gua pagi itu. Damai yang mendamaikan.
Prap! Prap! Prap! Prap!
Gua betulkan butang baju kemeja. Betulkan songkok. Perlahan2 gua memasukkan tali pinggang agar seluar tersemat kemas seperti kedudukan sepatutnya.
"Hah, alang2 pukul 12 tengah hari kang baru gi skoloh ye dak?", mak separa jerit.
Alamak, dah pukul 8 rupanya. Assembly pukul 7:45. Gua summersault ikut tingkap direct mendarat atas motor lantas membelah suasana hening pagi itu dengan mode fast forward.
Prap! Prap! Prap! Prap!
Karipap sudah masak agaknya.
2 ulasan:
mmgklasss...
tus air liur.. huw
Catat Ulasan