Bukan senang nak senang orang kabo. Lepas je Piala Dunia 2006, gua buka akaun ASB. Melabur utk masa depan. Pelbagai pahit maung nak kumpul rm26 ribu. Motor barai, atap rumah bocor, kene saman JPJ 3 kali tapi surat saman gua buat alas mouse, tolak jadi usahawan Hai O serta pelbagai halangan2 yang lain. Kalau cerita memang membawa ke nangis.
Jadi, kendatipun akan halangan tersebut, gua sekarang sudah berjaya. Petang nanti gua naik flight ke Afrika Selatan semata mata nak beli vuvuzela original buatan tangan orang asli Afrika. Beli banyak2 berniaga kat uptown. Di samping tu, gua nak tonton bola secara 'live'. Harap2 senang nak cari surau kat stadium yang bunyi macam langau tu nanti.
1 ulasan:
Elok sgtlah tu. Ehhh.. tapi dengor org kabo duit rm26 ribu tu hasil aok jual besi longkang kan. Ke gone??? Nanti jgn lupe beli ke koi vuvuzela tu dalam 18 biji ke koi yer. Koi nok hadiah ke tok mpat kampung koi. Senang kalo nok manggil ketua2 blok dtg meeting....
Catat Ulasan