29 Jun 2010

Sembang Letup Edisi Khas Piala Dunia Bersama En Bayam dan En Huzaiba, penyokong Jerman tegar.


Sembang Letup kali ini bertuah kerana dapat menemuramah penyokong tegar Jerman yang kebetulan beraksi cemerlang menewaskan England baru2 ini. Ikuti temubual eksklusif ini bersama En Bayam (berkaca mata) dan En Huzaiba tentang pasukan kesayangan mereka ini dan peluang Jerman apabila bertemu dengan Argentina Sabtu ini (3/7/2010). Sama sama kita ikuti ulasan mereka.

1-apa perasaan anda setelah kemenangan selesa bertemu England ?

Bayam  : Perasaan? Biasa2 aja pasal gua dah mmg bajet menang dengan England nie. Cuma bila menang 4-1 tu terasa macam sayur sangat la pulak England nie.

Huzaiba : Sudah tentu gembira. Kemenangan menebus kekalahan besar ketika kelayakan Piala Dunia 2002 dimana Jerman kalah 1 berbalas 5 kepada England di Munich. Juga menyegarkan ingatan perlawanan epik tahun 1966 yang juga melibatkan palang gol.

2-gol kedua England terus menjadi bualan hangat. Ada desas desus mengatakan itu menjadi faktor utama moral England merudum jatuh. Komen saudara ?

Bayam : Pengadil mmg tak patut gua rasa. Nasib baik Jerman menang 4-1 so takde la kecoh sangat media2 diaorg tapi gua rasa kalau gol tu di kira, sudah tentu lain macam game smlm jadi, Jerman menang  6-2 misalnya. Keh keh keh 

Huzaiba : Setiap Piala Dunia mempunyai cerita kontroversinya tersendiri, maka ini akan memahat lagi sejarah huru-hara untuk Piala Dunia 2010 kali ini. Semua orang tahu prestasi yang kurang meyakinkan England pada sepak mula. Seri 1-1 bersama USA, Seri tanpa jaringan dengan Algeria dan kemenangan tipis 1-0 kepada Slovenia. Semuanya pembayang keputusan menentang Jerman. Tidak tahu juga jikalau ia tekanan untuk sebuah liga paling porpular di dunia? jika dunia mengharapkan keajaiban untuk England menjulang Piala Dunia, bukankah itu petunjuk England bukan lagi pasukan yang mempu memberi impak yang besar.

3-England dibarisi oleh pemain2 bintang manakala populariti Jerman jauh lebih rendah berbanding  England. Tidakkah ini menimbulkan rasa tidak selesa apabila turun bertemu mereka ?

Bayam  : Pasukan England sepatutnya mempunyai kelebihan dari segi pengalaman kerana team Jerman skrang di barisi dengan pemain2 muda. Tapi kalau lu tgk diaorg main smlm macam dah biasa main World Cup. Bayangkan Muller yg baru 20 tahun rileks2 saja control bola depan pintu gol England. Dalam bolasepak, bila lu main baik dan serba menjadi, keyakinan akan datang sendiri dan lu akan rasa team lawan tu macam budak sekolah rendah saja. Itu yang gua rasa di hadapi oleh pemain2 Jerman semalam.





Huzaiba : Rekod piala dunia menunjukkan England lebih banyak mengatasi Jerman. Tetapi selepas tahun 2002, England bagaikan tanpa panduan. Tempat Pemain-pemain England yang sebenar adalah di kelab mereka masing-masing. Nilai patriotik di jurangi kekayaan diperolehi dari EPL. Ada diantaranya mempunyai pengalaman yang luas dalam bolasepak antarabangsa. Tetapi keserasian bekerja untuk sebuah pasukan negara masih kucar-kacir. Berbeza dengan Jerman yang kali ini dianggotai skuad muda-mudi Jerman. Porpulariti bukan target mereka, tetapi nilai-nilai klasik patriotik mengerahkan mereka supaya bekerja untuk sebuah pasukan yang konsisten. Jelas ketika perlawanan menentang Serbia, kehilangan Moroslav Klose membuatkan barisan serangan buntu. Ini kerana tradisi pasukan Jerman yang mengetepikan skil individu, tetapi manghantar bola bersama-sama sehingga ke gawang gol lawan. Sebuah persembahan yang begitu menghiburkan!


4-Ketiadaan Ballack seolah2 menjadikan Jerman tampak agak stabil dan konsisten dalam setiap perlawanan (kecuali pertemuan dengan Serbia). Adakah Ballack menjadi punca skuad Jerman kucar kacir ? (soalan ala2 Melodi)

Bayam  : Yg ni gua tak reti nak komen, pengganti Ballack, Khadiera berjaya mengisi kekosongan Ballackdengan cemerlang. Bagi gua resepi kejayaan jerman kali ni banyak bergantung kepada pemain2 muda  hasil dari kejayaan pasukan European U-21 yg diaorg menang tahun lepas. Tapi gua heran juga pasal naib juara piala tu adalah England tapi mana pegi budak2 muda diaorg dalam team WC 2010 ni. 





Huzaiba : Sukar menjawab soalan ini. Pada Piala Dunia tahun 2006, nama-nama seperti Micheal Ballack,Miroslav Klose, Lukas Podolski dan semestinya Bastian Schweinsteiger dilihat amat serasi danmampu membawa Jerman ditangga ketiga. Bukankah Micheal Ballack menjadi kapten untuk skuad Jerman ketika itu? Jika Micheal Ballack beraksi tidak ada sebab yang membuatkan jentera serangan Jerman tidak stabil.

5-Pertemuan seterusnya dengan Argentina agak menjadi tumpuan. Komen saudara tentang persediaan Jerman dari segi taktiknya yang sepatutnya di lakarkan utk bertemu dengan anak didik Maradona ini.

Bayam : Jerman hanya perlu mengekalkan momentum permainan macam game diaorg dengan Australia dan England . Dalam pada tu pertahanan Jerman harus mengekang si ketot Messi. Nak cerita lebih2 nnt lu emel jawapan gua pada Maradona pulak. 

Huzaiba : Jerman tidak pernah tewas keatas Argentina dalam mana-mana perlawanan Piala Dunia setakat ini. Jika Jerman mengekalkan rentak dan gaya permainan ketika mengalahkan England, saya percaya perlawanan akan memihak kepada pasukan Jerman. Sebuah gandingan baru untuk Jerman, dilihat mempunyai serangan kerjasama yang sering mengelirukan pihak lawan. Itu gaya baru generasi muda skuad Jerman.

6-Hantaran dan assist Messi sering menjadi igaun kepada pasukan lawan. Apa kelemahan Messi  selain rambut ikal nya itu ?

Bayam : Kelemahan dia ni gua rasa ialah dia ni kadang2 suka bolot bawa bola secara sendiri2 selain dia tak reti makan tempoyak. Harap2 game lawan Jerman dia sakit perut la nanti. 

Huzaiba : Inilah asset paling berharga buat Argentina. Messi bukan sahaja dilihat sebagai penyerang, tetapi mengatur gerakan bola yang sangat pantas dan mengejutkan. Apa yang barisan pertahanan Jerman  yang boleh lakukan adalah bertenang dan memberi fokus akan rembatan Messi yang sangat liar. Dihangatkan lagi gandingan bersama Carlos Tevez yang begitu buas! Kelemahan Messi adalah beliau rendah dari pemain-pemain Jerman yang tinggi lampai. 

7-Tidakkah tindakan agresif Maradona di luar padang nnti bakal menggangu perjalanan skuad Jerman ?

Bayam : Apa sangat la budak pendek ni boleh buat. Tapi gua ada dengar dia nak clean shave kalau Argentina masuk final tahun nie.

Huzaiba : Semua orang kenal akan Maradona. Beliau mampu menjaringkan gol walaupun dengan tangan.

8-Apakah kelemahan Jerman sebenarnya dan di mana kekuatan Argentina ?



Bayam :
Lu ni tanya macam gua keje full time sebagai coach. Kalau gua menjawap dengan cemerlang soalan ni agak2 ASTRO nak panggil gua tak jadi pundit ganti Abbas Saad dan Tony Cotee?  Jerman mempunyai kekuatan dalam counter attack manakala Argentina kali ni boleh di katakan konsisten dengan kehebatan Messi menjana serangan.

Huzaiba : Kelemahan Jerman terbukti pada perlawanan kumpulan menentang Serbia. Selepas Moroslav Klose dilayangkan kad merah. Gandingan Thomas Muller, Lukas Podolski dan Mesut Ozil seakan-akan buntu. Tahap psikologi barisan hadapan Jerman mudah goyang dengan kehilangan gandingan kerjasama mereka. Tetapi barisan pertahanan Jerman mempunyai kualiti yang sangat baik dengan hanya bolos satu gol dengan hanya 10 orang bermain. Selain sentuhan ajaib Lionel Messi dan Carlos Teves. Pemain Barisan tengah seperti Juan Sebastian Veron dan Javier Mascherano dari barisan mantap Argentina di lihat sangat berpengalaman dalam edisi Piala Dunia. Dan sudah pastinya telah biasa dengan corak permainan pasukan Jerman.

9-Mengapa anda begitu yakin Jerman bakal menjuarai Piala Dunia kali ini ?

Bayam : Eh gua yakin ke? Gua tidaklah yakin sangat tapi gua berharap sahaja. Kalau Jerman menang kali nie, gua akan gembira dan menjadi sedikit kaya hasil dari perjudian gua. 

Huzaiba : Sayang sekali Jerman berjumpa Argentina yang dilihat sebuah pasukan yang begitu mantap tahun ini. Saya tidak meletakkan harapan tinggi kepada Jerman untuk menang, tetapi saya jamin ianya akan menjadi sebuah perlawanan yang diingati sepanjang zaman.

10-(offtopic) Adakah anda rasa Vuvuzele patut diharamkan ? Jika ya, Kenapa ?

Bayam:Tidak. Gua suka juga vuvuzela nie. Biarkan aje. Ia akan menjadi sejarah dan tradisi Soutch Africa 2010. Kalau nak diam2 lu pegi tengok pertandingan catur la gua rasa. 

Huzaiba : Ingat Vuvuzela, ingatlah Afrika Selatan. Lebih baik dari menonton siaran tertunda di RTM...

terima kasih kerana sudi ditemuramah...

bayam :Sama-sama walaupun sebenarnya gua tak berapa sudi.

huzaiba:sama sama

1 ulasan:

Suhaimi berkata...

Malaysia u-23 di serap ke pasukan utama setelah peroleh emas dalam sukan sea tahun lepas. idea ini yang digunakan german setelah mereka juara u-21. terima kasih FAM, kata german.