24 Jun 2010

Di kala peperiksaan makin mengejar , aku duduk di pinggiran pintu itu.

Tobat gua memang suka menulis tetapi entah kenapa masuk sekolah menengah gua jadi sedikit kucar kacir. Nak kata pengaruh Amerika kuat sangat, sikit2 adalah. Tapi tak delah sampai nak tembak kepala sendiri macam Kurt Cobain. Rockstar ni pun gua hairan jugak. Duit jut jut dalam bank, hati pun tak senang juga. Jenis tak bayar zakat memang macam tu agaknya ye dak ?

Jadi di kala era muzik grunge di Maran tengah ngetop, gua dah slow down menulis tapi baca zine2 bawah tanah ni masih menten lagi. Tak puas hati tang mana , gua pun tak pasti. Orang nak rebel, kita pun nak rebel. Lapar, makan nasi jugak. Beras pun ayah gua yang beli. Time pilihanraya dia pangkah la apa yang dia rasa betul menurut tunjuk ajar RTM dan Radio Tiga Pahang.

Jadi, isu nya sekarang, SPM tinggal lagi 2 bulan. Gua terhiling2 di muka pintu kelas mencari seseorang. Mak we time tu jauh sekali. Bukan gua kaki surau, tapi gua saje2 jual mahal. Baru nampak macam artis sikit.

"Cikgu..cikgu...!!", gua laung dari jauh.

Cikgu Mazana berhenti dari catwalk . Dia mengajar Bahasa Malaysia. Kalau dia ada blog, gua rasa memang letup time tu.

"Hah..ngape ?", dia menjawab lembut sambil berpaling dalam gerak perlahan. Peh! sebiji macam filem Tamil.

Untuk menambah kesan dramatik, gua berlari2 dalam gerak perlahan ke arah beliau sambil di sambut deru angin sayu.

"Cikgu , saya ada buat karangan , tolong beri markah boleh..."?, pinta gua dengan sedikit berdebar .

"Bagus Rizal, nanti cikgu periksakan...", menguntum senyum sebelum berlalu pergi mengejar bas Haji Awang dan Rakan Rakan dalam gerak perlahan.

Gua pejam mata rapat rapat. Harap2 karangan gua dapat 5 bintang.

2 ulasan:

Webmaster@Echam berkata...

Gummmmm punkkkkk!!!!!

gunx berkata...

keh keh relax relax...