06 Mei 2010

Sembang Letup bersama Suhaimi Sujak aka Mat Sen, anak jati KL.



1-kenapa lu di panggil Sen, dengar cite lu asal dari Sentul, KL. ? ke ada sejarah lain ? gua agak pasal singkatan Sentul la ...

Iyap, wa asal Sentul tapi ramai orang ingat wa asal Hartamas or TTDI,
so untuk tidak mengelirukan ramai pihak, wa perkenalkan diri wa
sebagai sern, atau penuhnya Sentul.

2-lu di besarkan di flat kos rendah di KL. apa cabaran lu masa kecik , remaja dan dewasa ? di kampung ada cabaran tersendiri, cuma, apakah keunikan cabaran membesar di KL ?

cabaran paling mencabar bila balik sekolah, semua lif rosak, beban beg
sekolah dah laa 10 kilo, nyesal tak susun buku teks ikut jadual,
berketar kepala lutut naik tangga. suasana tangga gelap, lampu tangga
kena kebas, budak dadah punya angkara, bau aroma hanceenng orang
kencing, ditambah taik kucing ala booby trap yang bersepah dan kalau
ada rezeki lu boleh nampak straw kecik bekas heroin. tapi wa tetap
gagahkan diri naik tangga kerana terbayang nasi panas dan telur goreng
kicap masakan mak wa. lu kat kampung ada cabaran mcm tu tak?

3-dadah, seks bebas , budaya kuning, arak. itu terhidang utk kita. sebagai warga KL, lu rasa siapa sebenarnya yang mudah terpengaruh dengan 'ombak' ini ? adakah mereka yang baru2 berhijrah , kendian terkejut lalu tak pasal2 lebih lajak dari laju menerima pengaruh2 ini ?

Kenapa perlu wa nak bandingkan siapa yang lebih 'king' ke arah
masalah sosial. Walaupun dari mana asal usul, pokoknya mereka ini
sudah hanyut. Bagi wa survivor itu penting, kalau daya ketahanan kuat,
campak jer kat mana jer, 'ombak' sebesar mana sekali pung, kita pasti
leh survive. Mcm mana nak kasi daya ketahanan kuat? Itu lu kena tanya
pakar atau ustazah.


4-lu setuju kegarangan dan ketegasan ibu bapa di KL menjamin keselamatan anak ? atau mereka perlu lebih terbuka menerima perubahan zaman dan keadaan ?

ini soalan mcm perli bapak wa jerk...
iya, bapak wa ala2 diktator, mujur misai tak mcm hitler. dia tegas,
garang, dan displin. tapi dia tak kongkong wa. wa bebas bermain BMX,
pi sauk talapia di sungai gombak, main bola tiap petang. wa rasa didik
anak perlu ada sifat terbuka featuring sifat garang, bergantung pada
respon anak itu sendiri. Bagi wa, eloknya didik anak cara diplomasi
dan terbuka, tapi kalau dia dah melampau, tersangat melampau, kena gak
kasi kita punya buah keras. PelemPanggg!!! amacam?


5-he he..ok ok .. kita balik kepada soalan kurang serius ttp hip ...apa definasi filem terbaik bagi lu ? selain filem P Ramlee, filem apakah pasca P Ramlee yang lu suka bangat ?

wa tak ada definasi tepat untuk filem terbaik. filem yang baik punya
jalan cerita yang baik walupun tak logik, dan kalau pun filem hanya
rekaan tiada kaitan hidup mati tetapi biarlah dialog dan bahasa tubuh
pelakon itu lebih realistik. filem yang berkisar sosial, bohsia dan
rempit, juga filem hantu, bukan selera wa.

tidak ada filem p.ramlee yang betul2 wa sker. mungkin bujang lapuk,
itu pun sebab dialog diaorg bersahaja.

sudin: ooo itu bunyinya sarkes...
ajis: aaapa daa sarkes...
ramlee: eh tulis begitunya panjang bacanya sikit, sarkes...

6-watak antagonis yang lu paling suka ? saleh kamil ? s kadarisman ? husin abu hasan ? jihan miskin ? kenapa ? apa kekuatan beliau ?

berlakon kena betul2 real beb, baru masyukk, contoh kalu lu bengang or
tak puas hati atau tension or pressure, lu diam jer, tapi orang tgk
muka lu pun orang boleh tahu lu tengah bengang or tension. kenapa?
sebab perasaan lu tu dari dalam. lu betul2 menjiwai perasaan tu, sebab
tu berlakon kena dari dalam, menjiwai, dari dalam yang akan keluar
mengerakkan mulut, memek muka dan bahasa tubuh.
untuk itu wa angkat sidi oraza sebagai pelakon antagonis wa... lakonan
dia dalam sayang salmah dan layar lara.. mcm ginih!!!


7- wa tahu lu minat Padi, U2 dan Cold Play ? kenapa tiada band tempatan ? Lu meluat dengan produk tempatan ? kenapa mereka ? kenapa tidak kita ? justify please ....

Ada band tempatan feveret wa, Search, Wings, Kembara, Alleycats,
Spider, 4U2C.. tapi itu dulu.. sekarang wa sker Padi, ColdPlay.. akan
datang wa tak tahu.. wa sendiri tak leh nak predict apa band yang wa
suka untuk akan datang... suka perkara dunia mana pernah kekal!

8-pendapat lu ttg album Padi yang terbaru , Tak Hanya Diam ? track mana yang lu paling into ? atau ada track album sebelum ini yang punya aura tersendiri ? kenapa ?

Wa suka Padi sbb melodinya, ditambah lirik2 cinta puitis dan berkisar
alam, liriknya bercerita pasal bintang, hal bulan dan matahari, angin
dan ombak, sungai dan laut, pohon dan daun. Dalam ALbum Tak Hanya
Diam, wa paling into pada track ke-5, Terluka, lagu yang berkisar pada
seseorang yang kecewa untuk bangkit dari kegagalan, melodi rancak, dan
lirik mantap!

9-Di Indonesia, sudah menjadi trend , band2 rock meriliskan album berunsur dakwah ketika masuk bulan Ramadhan. apa pendapat lu ttg trend ini ?

Wa sker, sangat sker. Lebih mulia dari trend band2 rock tempatan
men'rock'kan lagu 60an dan 70an.

10-apa pendapat lu ttg isu Palestin ? kenapa isu ini tidak selesai hingga sekarang ? adakah kita tidak punya kekuatan berperang ? atau kita masih punya peluang berunding di meja bulat ? he he ... up sikit komen ... Padi Padi jugak ... he he

Dahulu wa berfikiran seperti mereka. Hanya berpendapat yang masalah
Palestin biarlah orang Palestin selesaikan. Kenapa perlu kita susah2
nak kita nak fikirkan hal orang beribu-ribu batu dari kita,
sedangkan masalah di negara kita pun masih byk lagi yang terbengkalai.
Namun setelah di beri pendedahan tentang kewajiban kita mempertahan
mesjid Al-Aqsa, wa terasa berdosa lak sbb tak buat apa2.
Bersatu. Perkara ini tidak akan selesai jika negara2 yang mengaku
negaranya ISLAM tetapi masing2 sibuk menjaga hal masing2, jaga
kepentingan sendiri, tanpa peduli saudara kita kat sana. Sebab itu
kalau lu nyanyi rangkap pertama lagu UMNO ada sebut Bersatu kita
Bersatu, dengan Setia Berganding Bahu... opss... salah cenel lak.

Sekian.

Tiada ulasan: