19 Mei 2010

Hari pertama menjadi guru kerajaan.

Lepas SPM,memang gua betul2 bengkrap. Tapi mujur ada kawan2 yang menyokong di belakang. Masalahnya, kawan2 pun bengkrap juga. Jenis kalau hisap rokok pun, main beli batang batang. Rokok pun beli yang import dari Indon je. Kalau Indon dan Malaysia bersatu macam sejarah dulu dulu, dah boleh lawan Marlboro rasanya. Tapi , jangan bimbang, gua sahut seruan kerajaan BN dulu minta jangan merokok. Berjuta2 juga gua dengar buat projek merepek papan iklan besor2 tu. Kalau kira2 balik , boleh buat modal beli Lin Dan main untuk Malaysia.

Jadi , di pendekkan cerita, gua apply satu job sementara kat sekolah kampung gua. Jadi cikgu ganti. Minta keje pun stail terjah bilik guru besar, salam2 lebih kurang dan ngaku gua ni anak sekian sekian. Kalau guru besar tu tak kasi job tu, memang dia tahu la akibatnya kelak. Tak caya , tengok la drama RTM pasal budak2 kampung.

Jadi , di pendekkan cerita , gua dapat job tu. Gua kembang dada. Dup! Dap! Dup! Dap! ... Sepantas kilat, gua buka almari cari baju kemeja dan seluar tajam tajam bila di gosok sterika. Tak manis bawa jeans pegi mengajar. Adab nusantara kene jaga.

Hari Isnin cukup cerah dan beroksigen. Gua tarik nafas dalam dalam. Segala ilmu SPM gua nanti, gua akan kasi kat budak2 darjah satu. Biar cepat sikit pandai, belajar kat oversea, buat hutang banyak banyak, beli kete besar besar dan hormat ibu bapa.

....
....

"Lima campur tiga tak kan tak tahu ?" , gua buat muka pegawai JPJ keberangan. Budak2 kat depan dah bergenang air mata. Tunggu masa nak jatuh dari kelopak je. Payah juga jadi cikgu ni , ye dok ?

6 ulasan:

eleez berkata...

tak suka cikgu perempuan melayu dan india..
macam mak tiri..huhuhu.. dulu..

bG berkata...

hahaha. muka lu garang la bro.

Hashim Zabidi berkata...

...dah! gelaran cikgu tu tak lekat ke sampai sekarang. Maklumlah cikgu ganti yek...belum kering sign dah berhenti.

Suhaimi berkata...

kalau aku jadi anak murid kau dulu mesti aku terkejut.. uish.. ini cikgu import ker? ingatkan bola jer ada pemain import.

Hanisham Ab Halim berkata...

Nasib baik bukan aku anak murid ko gunx. Kalo tak ntah reti ke tak aku membaca skang ni.....

salman ® berkata...

cikgu import...shilanat. nasib baik dia tak meniaga jam tangan dkt bilik guru...