02 April 2010

Sembang Letup bersama Primary, kugiran berdikari dari Kuala Lipis


mael (kiri) , amar .

Askm ....terima kasih kerana sudi di temu ramah....

Waalaikumussalam.terima kasih juga kerana sudi menemu ramah

1-Tak de nama lain ke selain Primary ? nama Lori Hantu macam in jugak gua rasa ...Kenalkan sorang2 ahli dan posisi ...

amar >
Nama Primary ni sebenarnya baru sahaja kami gunakan.Sekitar tahun 2008.Sebelum ni di awal-awal penubuhan sekitar tahun 2006,kami menggunakan nama Berbatov.Ok,nama ni memang kami ambil nama striker Bulgaria tu.Time tu dia main Leverkusen lagi.Namun setelah dia pindah ke kelab baju merah tu,kami ambil keputusan untuk tukar nama.Antara nama-nama yang pernah dicadangkan ialah The Mubin Mokhtar,Meet Zainal Abidin Hassan dan Sanbagamaran Eat World.Namun untuk mengelakkan dicop menumpang propulariti,kami guna nama Primary.Kalau perati betul betul boleh pusing jadi Amry (Yahyah).

Ahli Primary terdiri daripada:

1.Amar Amir,vokalis.Gua dipaksa jadi vokalis.Jangan salahkan gua kalau tak suara sedap.Gua dalam proses daftar kelas vokal Syafinaz.
2.Rozani Razali,pemain gitar.Kadang kadang disalah anggap sebagai bouncer band
3.Huzaidie,dulu gitar sekarang dah tukar jadi pemain drum.Separuh masa remajanya dihabiskan atas kapal.Kami ada lagu bonus track bertajuk Huzaidie Kelasi.
4.Ismail Othman.Tukar posisi dari drummer kepada pemain gitar.Selain digelar Gitar God Kuala Lipis,dia juga dianggap Penghulu Indie oleh dak dak indie dan shuffle Kuala Lipis.
5.Firdaus Abdillah,pemain bass.Dia ni King of Letup.Dia juga celeb blog yang femes sekarang ni.Tapi secara peribadi gua lebih suka entri entri dia yang lama lama.

mael >

mula mula kami rasa nak guna nama the cure. tapi bila amar search kat gugel, nama the cure dah ada band mat saleh pakai.. lepas tu dah bubuh nama mariphan, bila pusing pusing jadi primary. barulah macam mat saleh sikit pipi kata. aku lebih beratkan mariphan. sebab tiada dia kek dan roti tak manaik.. tapi tak mengapa, nanti kita tengok primary boleh bagi orang menaik ke tidak..

2-Kenapa tiba2 fikir nak buat band ? Frust bercinta ke nih ?

amar >

Rasanya kes frust bercinta tu ada juga.Kalau ikutkan Mael pernah frust dengan makwe kedai kain dekat centrepoint tu dan Pipi pernah kecewa dengan anak Mie Bas.Tapi sebab utama gua rasa adalah sebab cintakan muzik dan jeles tengok muka Eddie Musang Berjanggut masuk tv.

mael >
bukan tiba tiba, tapi dah lama dah nak buat band pop berkecai ni. frust bercinta?.bukan, tapi frust apply kerja kerajaan tak dapat dapat..

3-OK, soalan klise seterusnya...apa genre Primary dan tentunya di mana pengaruh terkuat Primary ? Band mana yang jadi lu punya mentor ?


amar >

Kami bermain genre pop komedi,pop bersepai dan pop ikut dan.Pengaruh terkuat Primary datang dari band band post punk 80an seperti The Cure dan Blondie serta band brit pop macam Pulp dan Radiohead.Tapi gua kuat juga dengar KRU time sekolah rendah dulu.Sempat juga angkat kaset Oh La La.

mael >
buat masa ni aku lebih suka genre pop komedi. akan datang tak tau lah kalau ubah haluan ke pop komesil. tak reti nak cakap genre apa,ikut lu lah panggil apa pun.montor? kebanyakan band alternatif\rock\postrock.awal 90'an lah. ah,payah sangat. kami suka rock.

4-Apa yang fenomena sangat tentang Padeli ni ? Citer skit ....

amar >

Padeli ni steady gua cakap lu.Gua perhatikan dia ni ada wawasan dalam hidup.Kalau 10 tahun dulu orang sibuk ambil result PMR,dia sibuk lepak dekat buai mengorat anak pegawai bank,kini dia ada ijazah dalam bidang perhutanan dan bekerja jawatan sedap dalam gomen.Cakap pun menda berisi dan intelek je sekarang sampai pipi kadang kadang tak boleh catch up.Namun lagu Padeli Penggoda tu takde kaitan dengan Padeli.Padeli setia orangnya walaupun muka market ada iras iras ikram dizly dan hairuddin omar.

mael >
tak lah fenomena sangat. aku(mail) kerja cuci tandas kat kem askar tu rilek je. anggota primary yang lain tak tau lah.



5-Kuala Lipis dah satu dunia kenal kerana Siti. Jika Primary di takdirkan
glemer tahap Eman Manan, adakah Primary akan
terus menjadi pengikut selera komersial, atau masih bertahan mengikut cita rasa sendiri ?

amar >

Kalau dah glemer sekalipun,Primary masih lagi akan mengekalkan identiti yang kami bawa sekarang ni.Kami takkan buat lagu tema drama Rohana Ronggak contohnya walaupun dibayar lumayan.Namun secara peribadi gua rasa Ebby Yus punya silat lagi solid dari Eman Manan.Gua tak puas hati dia tak jadi hero Keris Hitam Bersalut Emas.

mael >

tak pernah fikir pun glemer tahap eman manan. kalau di takdirkan macam tu, biarlah takdir juga yang menentukan nya..


6-Apa yang penting dalam mempunyai band ni ? Tak kan displin je ?

amar >

Dalam band ni gua rasa yang paling penting selain disiplin ialah persefahaman antara ahli band tu sendiri. Kalau semua nak ikut kepala sendiri,baik masuk AF.

mael>
selain displin, tubuh badan yang sihat juga salah satu faktor penting.

7-Apa lu rasa tentang Maskara ?

amar >

Maskara ni gua dah lama ikuti.Bagus Maskara ni.Dia bagi peluang kepada golongan golongan seni yang indipendent untuk menunjukkan bakat mereka.Suasana dia pun intim dan santai.Tapi gua berdebar gila sebenarnya.Rasanya sempat lagi gua nak lari menyorok kat Pulau Perhentian sambil tutup henset.Lu la ganti keh Gunx.

mael>

secara peribadi aku rasa bedebar. dulu main akustik tepi longkang, sekarang main akustik depan orang.

8-Apa pesan lu kepada para remaja di luar sana. Mereka merempit , mereka hisap gam, mereka itu dan ini. Apa yang tidak kena lu orang rasa ?

amar >

Remaja remaja ni bukan apa.Banyak sangat pengaruh tak elok depa dapat dari media massa dan eletronik.Lu tengok setahun berapa banyak filem rempit keluar?Remp-it V6 laa,Lagi-lagi Rempit la,Rempit the Musikal laa.Menda apa ni?Ini semua buat anak anak muda ni lagi spirit nak merempit.Lagi satu,jadi rempit juga boleh bawak lu pergi kutub utara free.Kerajaan support.Tak payah belajar tinggi tinggi.Bab hisap gam,hisap dadah semua ni gua malas dah nasihat.Demeh fikir sendiri la mana molek.Gam gajah ke gam UHU tu.

mael >
di sini primary nak pesan, kalau nak buat sesuatu tu, buat betul betul. nak merempit? merempit betul. biar orang tahu anak sapa yang merempit tu. nak isap gam, isap gam sampai lebam biar boleh jadi teladan untuk orang kampung. tiada apa yang tak kena kat sini.diaorang rasa kena, diaorang buat. kitaorang rasa kena, kitaorang buat. yang penting masuk lokap jangan petik member.

9-OK, apa kelainan yang lu buat di Maskara nanti ?

amar >
Mengikut perancangan awal,kami semua pakat pakat tak menyanyi.semua baca puisi dengan bersyair je. Tengok la mana yang dan esok.Okey la Gunx,gua nak ke Pudu usha usha tiket kejap.

mael >
kelainan? ooo. itu rahsia. tapi kelainan yang jelas, mail main gitar bukan main drum.

5 ulasan:

lorihantu berkata...

aok cadang le nama lain...jalan rosak ke...lori buruk ke...

Rahimin Idris berkata...

mael kalau jadi tok penghulu keh sokong mek laa. liberal sikit mukim...

edd79 berkata...

bro, soklan palestin kena tanya gak:) ehehe

Unknown berkata...

edd79, gua dah tanya dalam sembang letup dulu...

Ahmad Belia berkata...

aku nak terajang jee amar ni..