25 Januari 2010

Petang yang terakhir sebagai budak hingusan.

Wook (bukan Cina dia ni... tapi ntah kenapa dapat nick gitu gaya padahal nama dalam IC macam nama AJK Surau) berhenti depan rumah gua pagi tu. Dari raut wajah berkarat dia, gua tak berapa pasti gerangan berita apakah yang dia nak sampaikan.

"Hah...malam ni jom ikut koi..ada hal penting...ayoh koi kabor dah ke ayoh aok rasanya.."
"Baler... apa citer weh ?", gua buat angguk2 stail gengster sambil memperbetukan kedudukan spender agar lebih stabil.

"Adalah...jom!", Wook buat gua berada dalam keadaan teka teki. Gua dalam dunia ni , dua bende yang paling menyampah. Hutang dengan teka teki.

"Dah sampai masa dah kita ni..." Wook beri kata terakhir lalu terus menghilang dari penglihatan. Laju jugak dia bawa basikal. Tukar spoket kecik gamaknya.

...
...

Dalam bilik bujang. Jam lama galak berdengket2 mengalih jarum minit dan saat.

"Ke nak ngajok gua ke Kolumpor ?" , gua sedikit berdebor dengan telahan pertama gua. Kalau menjadi, ada modal gua nak berlagak lagi. Dengar2 terowong kat Genting Sempah makin lawa dengan lampu2. Sebijik macam lori BJ And The Bear lalu time permulaan rancangan rasanya. Baler....tak sabar rasanya nak tunggu petang. Entah macam mana gua rasa firasat gua kali ni nak menjadi.

"Alhamdulillah", gua bercakap Arab tanda suka bukan kepalang. Sejurus lepas tu, gua tune siaran nak dengar Radio 3 Kuantan. Nak tahu jugak lagu mana terkeluar minggu ni. Cam gampit jugak lagu Damasutra ni asyik top 5 manjang. Kasi can la kat Rohana Jalil dengan Tok Ki !!

..
..

Gua pandang syiling. Di kiri adalah ayah gua , di kanan seorang doktor sedang ralit mengejas ubat bius ke dalam picagari. Peluh sebesar bertih jagung perlahan2 memercik.

"I'm a dead meat!!", gua kancing gigi.

"Hah...buka seluar cepatt!!", sergah doktor misai tebal. Nurse kat hujung tutup mulut menahan ketawa.

Balik dari klinik, gua cari tali dengan kain pelekat dengan muka masam. Gampit.

5 ulasan:

Abdul Munir Sanusi berkata...

kena apa tu brader sampai guna picagari?

Marsitah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
gunx berkata...

agak2 apa ?

Abdul Munir Sanusi berkata...

lepas gua baca 2 kali baru gua paham. lu kena picagari dekat ehem ehem. steady

Rasdi berkata...

hilang dah kulit lebih tu.. haha