Hari Sabtu tak de sekolah yang di buka. Isnin pun kadang2 budak2 tak pergi. Buka hari Sabtu memang nak cari pasal. Tapi apa yang tidak sedap adalah gua tidak akan diberi dengan wang saku. Wang saku bagi budak bawah umur macam gua ketika itu amat2 bermakna untuk modal membeli snek2 berperisa durian sifar khasiat itu. Sasaran utama gua tentulah kedai Cikgu Talib.
Sabtu lagi sekali yang juga merupakan cuti sekolah, gua dah stenbai berpakaian macam pendatang tanpa izin depan rumah meraba2 kunci motor. Bede, rakan sekeja gua pun dah stedy. Setelah nego dengan ayah Bede, kami dibenarkan menoreh getah di ladang milik ayahnya dengan perkongsian pintar 50-50. Gua sudah membayangkan betapa girangnya gua dengan mesin mainan Raiden itu nanti. Tapi kalau fikir2 balik, datang jugak rasa berdebor akibat umur belum cukup . Bonzer kedai game budak Maran tu boleh tahan berlagak. Tu baru keje daerah Maran. Kalau kat Toronto, ntah la. Mahu tak kenal mak bapak gamaknya.
Sambil menoreh, gua toleh2 jugak ke belakang. Bede ntah ke mana pergi nya. Ntah menoreh ntah tidak. Takut ke babi pun satu hal jugak. Dah nama pun ladang getah. Mana ada sangat binatang2 berspesis herbivor. Surah2 pendek dari muqaddam gua bisik perlahan2 tanda penahan diri. Gua toreh ikut pelan lama. Pokok pun dah tak stedi sangat. Jenis macam berat nak ke menapous. Susu pun stail slow2 je keluar. Boleh duit ke gua ni ? Rasa sangsi pun ada datang itu jam.
"Hoi.. Bede! aok kat mana tu??", gua jerit setelah hampir setengah jam menoreh.
"Uiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...ada ni!!", terketar2 juga suara dia menyahut. Penakut jugak rupanya. Badan je Malek Noor.
Setelah merempuh onak dan duri , kami berjaya menamatkan misi ketika jam menghampiri 12 tengah hari. Dia punya feel rasa macam dapatkan kalahkan Ultimate Warrior. Berkuntum juga senyum mengenangkan hari menimbang getah sekerap minggu depan. Bergaya juga gua nanti pekene bundle. Dah lama gua aim seluar Big John tu. Harap2 tak de kutu yang rembat. Boleh buat modal berlagak raya tahun ni. Gua dah tak berapa into sangat dengan jean2 Levi's palsu tu. Dah la kain macam guni, cutting pulak macam setan. Cawat labuh, kaki senteng nampak buku lali, pinggang tak sama saiz. Longgar tak patut. Kalau pakai, memang sebijik macam pak cik McD hidung merah tu. Tapi nak jaga hati mak punya pasal, gua pakai juga.
....
....
Tokey getah sedang menimbang. Gua kenyit kat Bede sambil buat tanda duit dengan tangan. Bede buat2 relax.
"Semua sekali rm11!!", kata tokey getah macam tak de perasaan. Gua ketap bibir sambil rasa nak ceduk perut tokey tu pun ada. Kalau dah bagi dua, takat roti John je la gua mampu beli. Gampit!
1 ulasan:
gerek beb. dapat angkat juga itu jeans. tapi, skrg dunia moden.
dapat evisu belang-belang baru lah kacip.
Catat Ulasan