06 Januari 2010

Ini semua salah Faizal Hussein Dua Kali Kanan Dua Kali Kiri.



Mengelupur jugak gua makan nasi. Sekali kunyah, sekali minum air. Memang tertib pemakanan tak selamat sekali dalam dunia. Umur muda2 boleh lagi buat perangai macam tu. Sambil2 makan, gua buka kepala petai buat alat penambah selera. Bila ada selera, baru tenaga datang. Bila tenaga datang, baru semangat sikit nak tidur.

Kalau ikutkan jadual , ini dah masuk time tidur gua. Balik dari sekolah rendah dengan seluar pendek dan tahan buang air besar memang tak in langsung. Ni semua gara2 penyakit malu tak patut. Kalau dalam hutan, kalau gua rasa nak kencing, gua tala je kat pokok semalu. Seronok tengok dia menguncup pun satu hal jugak. Tapi dalam kelas, gua jadi pemalu satu macam. Nak cakap ke cikgu nak berak pun malu. Perkataan berak tu pun tak steady kalau cakap. Mana gua tahu ada perkataan buang air besar time tu. Vokeb tak berapa kaya lagi.

Jadi gua ambil keputusan utk melawan arus sahaja. Itu yang time loceng balik berbunyi, gua balik rumah jalan kaki dengan kadar kelajuan 40-50km/j. Agak laju jugak bagi budak darjah tiga ketika itu. Itu pun cikgu masih tak sedar2 bakat lumba lari gua. Jenis bukan darah atlit punya cikgu.

Sampai rumah, belum sempat mak gua jawab Wa'alaikumussalam, gua dah summersault masuk dalam tandas. Gua senyum kepuasan.

Itu yang dalam perenggan pertama tadi , gua makan dengan indeks selera yang luar biasa. Mak gua pun satu hal memang Queen Of Masak. Mata gua tgh ralit tengok jam dinding. Jam 2 petang iaitu waktu tidur ideal gua, akan ada filem Bujang Selamat lakonan Faizal Husin. Gua dengan Faizal Husin memang seiras terutama bahagian dada dan lengan.

Jam 5 petang gua dah menaik nak buat aksi wili Bujang Selamat. Bergegas gua pakai seluar pendek keluaran pekan sari Maran dengan baju pendidikan jasmani SRK Senggora dengan girangnya.

...
...
...

Agak lama juga gua termenung sebelah basikal coper hendel sejuk pemberian ayah gua. Mana akal gua nak bikin aksi Bujang Selamat ni ? harga BMX pun macam nak kene keje angkat sekerap 4 bulan tanpa henti.

3 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Kalo aok buat gitu kat basikal chopper tu mau terbarai tempat tutup rantai tu... hahhahaha...

bG berkata...

beskal chopper la sedap wili..

Fadh Rahman berkata...

agak2 laa weh...tahan berak hehhehe...xrock langsung hahaha