12 Ogos 2009

Amerika dan Imperialisme.

Malam Jumaat zaman2 dulu , ada satu program letup di RTM tajaan syarikat rokok ternama dunia. Dunhill Double namanya. Program ini akan memaparkan filem2 rare tahunan sepanjang 2 malam berturut2 iaitu Khamis dan Jumaat. Kalau hari2 lain, gua akan jumpa muka Ebby Yus, S. Kadarisman, Wahid Satay, Hashim Embi dan Hail Amir dengan side burn labuhnya duet nyanyi dengan Sharifah Aini dalam filem2 70-an.

Jadi, semenjak pagi, gua akan redikan stamina secukup2nya. Macam pandai2 pulak dia buat malam pertama Rambo 1 sambung Jumaat dengan Rambo 2. Gua dengan Abang Stallone memang ngam. Hari2 jugakla praktis cakap mulut senget2. Kalau jatuh time tanduk bola, gua akan bangun dengan mulut senget2. Bila rasa agak Stallone, rasa sakit akan sedikit hilang. Baru jatuh time main bola, Rambo kene seksa dalam lumpur kencing babi, lagi havoc. Punya la teruk gua kene tipu ngan Amerika time tu.

Dia punya time tayangan bermula jam 8:30 mlm. Pap! Seawal 7:45 mlm , gua dah stedi lipat bantal jadi dua berbaring depan tv.

"Hah! jangan nak ngada ngada, gi ikut ayoh aok tahlil rumah Engah Aziz tu...", mak gua dah tinggi bersuara tanda arahan urgent.

"Cepat!!!! Ayah aok dah nunggu tuh...".

Alamak, Stallone kene pegi tahlil. Lebur Rambo 1 gua. Mana nak datang feel tengok Rambo 2 nanti ??


3 ulasan:

beemer berkata...

Stallone gi tahlil pekena apa aok? pulut kuning?

gunx berkata...

stended hidangan kampung2...

Tanpa Nama berkata...

tu kat profile fb tu gambor mulut senget tu kenan stallone la tu