13 Julai 2009

Sembang Letup bersama Fathul ex Infectious Maggots, kugiran bunyian kilang papan pertama di dunia.


Melihat kepada keunikan lukisan dan karya lirik2 ciptaan Fathul membuatkan gua mahu menemuramah dan menyungkil sedikit input2 dan perkongsian dari rongga tekak dan medula oblongata beliau sendiri. Terima kasih daun keladi kepada Fathul kerana sudi menjawab sembang letup ini , itu pun setelah diugut berkali2, hehe...

1-sejak tingkatan berapa, boleh dengar2 lagu kejam ni ? kenapa berat memilih irama berat2 seperti grindcore ? apa kurangnya Jamal Abdillah ? heheh

secara serius pengunyahan sampai lumat lagu berkarat sekalamentol nie telah lama saya telan,mase tu perut masih belum kedepan dan gigi masih ok...rasanye....er rasa rasanye
kalau serius la kan...

Haaa,tingkatan 3. sepertimana selalunya saya akan menjawab saya memilih lagu2 dari genre ini kerana ia sangat sesuai dengan jiwa yang memberontak dan tercari cari arah pada ketika itu.
Jamal Abdillah...OK! saya je yang kurang bersenam dan masih tak pandai berenang

2-zaman rock kangkang sudah berlalu, tetapi apa pendapat saudara , pada zaman keemasan rock kangkang, apa impaknya secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan hidup, prisip, cara pemakaian , cara fikir dan sebagainya ...

rock kangkang yang yang saya boleh layan masa mula2 dulu hanyalah band Cinderella.saya lebih menyukai band Twisted Sisters dan kumpulan W.A.S.P kerana kangkangan mereka lebih luas dan ganas

3-dulu2 ni sebenarnya cita2 nak jadi ustaz ke ? nama pun dah sedap tu..

saya di lahirkan dengan nama yang baik,di pilih oleh mak bapa yang baik dan semestinyalah saya ingin menjadi seorang yang baik hari demi hari sampai saya mati.

4-pada era Infectious Maggots, irama yang di utarakan agak pelik iaitu Industrial grindcore (ye ke ? ). Apa yang sedapnya irama macam bunyi kilang papan tu ? cerita kan sedikit ...

seronok yang tak dapat di jelaskan dengan kata2...maaf

5-Cam ne leh dapat ilham cipta lirik lagu2 kejam ni ? Hehhe...



lirik2 lagu2 dari saya tak pernah berada dalam lingkungan berbentuk kekejaman, itu yang pasti

6-Dah sampai era Spiral Kinetik Circus, saudara sudah lebih santai. Macam pop2 gitu. Adakah ini merupakan band idaman lu ? Atau masih mencari konsep selain daripada itu. Dangdut mungkin ?

masa mengubah kita rasa bertukar selera....kan kita semua manusia?

7-Apa sebenarnya kepuasan melukis ? Macam biasa...mesti nak tanya idola pelukis ?

Idola dlm seni lukis:PABLO PICASSO,MARCHEL DUCHAMP dan semua pelukis yang susah nak eja dan sebut namanya.



8-Apa fungsi syarikat Pelita Hati ni ?

sila layari www.pelitahati.com.my untuk penjelasan lanjut tentang galeri seni yang telah banyak membantu saya dalam dunia senilukis.

9-Apsal tak nak keje dengan kerajaan ? Macam2 dapat...Ke tak puas hati dengan kerajaan ?

sebaik2 rezeki adalah dari usaha tangan sendiri

10-Kenapa Palestin tak merdeka2 sampai skang ?

kerana negara2 islam semua tak betul2 bersatu.

**gambar ehsan dari facebook Fathul

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

top [url=http://www.001casino.com/]001casino.com[/url] hinder the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]online casinos[/url] manumitted no consign bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]no lay tip
[/url].