10 Julai 2009

Lain kali tengok movie Melayu, ambil semangatnya.

satu ketika dulu yang tarikh tidak diingati, Maran

Ayah gua memang garang. Garang bukanlah 24 jam pun. Ada insiden2 tak boleh maaf, baru dia letus dia punya amarah. Kalau nampak dia hisap rokok kegemaran kat pangkal tingkap sambil buat mata redup, minta duit pegi town mesti dapat punya. Lepas la tambang bas dengan pekene teh tarik. Layan bundle pun tak lepas lagi. Setakat rembat baju abang je, time2 dia gaji. Abang pun keje tak menentu. Layan motor cross je keje nye.

Prenggggg! Prenggggg! Prenggggg! Prenggggg!
Pung pang !Pung pang !Pung pang !Pung pang !

Balik rumah layan lagu Iklim.

Ntah mengapa, satu hari. Abang gua menghilang. Zaman tu, scene lari dari rumah tak berapa hit lagi. Nak kata ikut Tabligh tak munasabah jugak. Tapi keluarga gua buat2 biasa sahaja. Ada la tu mende tak kene. 2-3 hari ada la balik agaknya.

Jadi, motor cross kesayangan dia terbiar sepi. Macam janda. Justeru, gua tekad nak pekena start. Skill handle clucth manual , gua tak berapa nak khatam lagi. Jadi, cukuplah kiranya, gua pekene start, pastu pusing2 throttle prengg! prengg!.

Setelah nampak macam line clear, gua turun tangga rumah dengan tidak berbaju dan berseluar pendek, gua pakai selipar menuju pantas ke arah motorcross. Kuis engkol dengan kaki kanan. Terjeluak dia keluar. Perghh!! sebijik pro.

Mulut kumat kamit jugaklah baca doa. Dengan sekali bismillah, gua kumpul tenaga dalaman.
Iyarrkkkhhhhhhhh!!!

Cilakak binatang engkol nih. Tenaga kinetik libas dia berkelajuan cahaya. Tak sempat elak. Pelepuk tepat terkena pada betis gebu. "Aduih!Aduih!", gua mengaduh memuncung mulut. Tergedek2 melompat berkaki satu.

"Koi dah kabor dah..... aok tak caye, motor tu gila macam abang aok jugak.", ayah gua menjerit dari dalam rumah.

"Macam mana Azroy nampak steady je start motor dia ?...aduhh....", gua mengeluh perlahan. Sakit membawa sampai ke malam. Tidur malam tu havoc bau minyak lepas urut.

2 ulasan:

beemer berkata...

takpe betis aok keras .... hehehe!

gunx berkata...

hah..aok jgn buat main.