24 Julai 2009

Satu hari yang gua inginkan Milo Ais.

Zaman tu agak purba jika dibandingkan dengan sekarang. Mana nak ada telefon genggam leh masuk poket. TV pun kaler ada 2 sahaja. Mana kita nak detect jerawat kat muka pelakon2 Jalan Ampas kat TV. Muka Zaiton, Rosnani, Rosyatimah, Siput Sarawak semua nampak letup2. Berlakon pun mana nak ada gosip2 sangat macam sekarang. Nasib baik tak de akal lagi nak bikin majalah Mangga zaman tu kan ? Tidak , tak pasal2 ramai atlit kawin ngan artis.

Nak di jadikan cerita , gua nak pekene milo ais. Dengan pendapatan agak terhad, keluarga kami tak mampu lagi pekene beli peti ais. Kebetulan jiran gua time tu agak loaded. Sedap2 la income orang kabo. Jadi adalah binatang bernama peti ais tu kat rumah derang.

Jadi, setelah berfikir berkali2, gua mendapat akal cerdik. Pecut ke belukar mencari tin2 buangan. Yang kemik2 gua reject awal2. Puas juga mengeledah, sambil2 tu gua curah air kotor yang ada jentik2 kat tayar2 buruk. Terharu juga dapat menyelamatkan nyawa orang time2 lapar milo ni. Kang mati anak2 dara Maran kene gigit Aedes , pupus masyarakat.

Selesai mencari tin, secara senyap2 gua mengerat dawai. Orang dulu, membuat dawai2 terbuang utk dijadikan penyidai kain. Dawai di paku di antara 2 tiang. Gua kerat dengan agak licik. Elok2 ada 4 lane penyidai, sudah kurang satu. Satu mungkin mak gua tak perasan sangat.

Justeru, gua tebuk lubang pada tapak kedua2 tin tersebut lalu gua ikat dengan dawai. Setelah agak2 kuat ikatan, gua menyeringai tanda suka kepalang.

Gua berdiri tegak di depan rumah Bede.
"Hoiiiii....Bede.!! "
"Hooooii....."

Selang 1 minit 43 saat, muka Bede terpacul di tingkap dengan mulut penuh kesan2 nasi dan kicap. Dah besar2 pun , makan bersepah. Nasib baik bukan adik gua.

"Hah...aok pegang tin nih.." , gua arah.
"OK", Bede akur.

Dengan berlari2 anak, gua balik ke rumah terus ke tingkap bilik gua. Kebetulan bilik gua dengan bilik Bede setentang. Gua tarik sedikit tin agar dawai di tengah menjadi tegang dan sering*.

Dengan lafaz Bismillah, gua bersuara di balik corong tin susu terbuang itu.

"Bede! rumah aok ada ais tak ? Koi nak sikit"

sering* = tegang.

4 ulasan:

bokbon berkata...

abis tu, dapat tak pekena milo ais hari tu?

gunx berkata...

tak dapat, memang nak cari pasal.

Tanpa Nama berkata...

mencari pasal itu percuma

milah berkata...

hahaha..ape la.kn jerit mase bagi tin td dh boleh mintak ais terus =D