27 Julai 2009

Acara sedap2 selepas membanting tulang.

Balik kerja, gua rebahkan badan tanda penat. Awek gua di dapur membancuh teh panas mengikut tetapan. 2 orang anak comel terkinja2 mahukan lawak spastik terkini gua. Hah...tak sempat lagi gua study filem2 tempatan. Nanti2 la ye , sayang. Ayah kepenatan ni.

"Along...pijak belakang ayah jap."
"Baik ayah !", akur anak 4 tahun gua.

Bermula dari bahagian pinggang, kaki comel Ahmad Yassin atau nama komersial AY galak memijak sehingga ke atas. Sehingga ke bahu, cepat2 gua menjerit manja.

"Kepala ayah ni , jangan pijak tahu, tak manis di pandang orang"

"Oooo...ye ke ?", AY mengangguk. Gua agak la. Posisi gua mengadap lantai. Agak sukar menoleh. Jika menoleh, nescaya AY akan tergolek secara paksa. Kurang manis jugak dipandang orang.

Adik AY bernama Asma'. Tidak kurang juga hebatnya. Rajin tetapi pendiam. Kontra dengan abang sulong. Pembising tetapi kerja tak jalan.

Selesai memijak, gua perbetulkan pinggang sambil mengeliat.

"Ah...sedapnya!!", gua memberi tanda best dengan jari kepada anak2.

"Ayah2!....lepas Acin pijak ayah, ayah pijak la pulak Acin.."

Serta merta gua jadi 'sayu'.

5 ulasan:

bG berkata...

anak lu brapa kilo?

Unknown berkata...

ntah..tapi memang berbakat memijak.

bG berkata...

gua selalu suruh mak gua pijak..

80 kilo mari..

Husna berkata...

dear Asma': samer la kiter..rajin tetapi pendiam..ngahaha

Tanpa Nama berkata...

saya pun...sgt rajin dan pendiam.. ada sapa2 ke nak wat menantu??