Usai membeli baju , gua teks pengecop baju handalan merangkap pemain bass merangkap penulis blog merangkap pengkritik bola separuh masa merangkap wartawan kereta.
"Jumpa gua di Pelita", reply dia
Gua signal rakan chubby tempat serahan baju utk proses mengecop.
Sekonyong2 , gua dah order air kegemaran. Cuaca panas tak macam di Amsterdam. Tekak berkali2 teguk ais pun tak menjadi. Tekak orang tua kot.
Pengecop baju handalan sampai. Pap! dia nyala api tanda mahu mula borak.
Pung pang! ni baju gua..Pung pang!..bila nak siap?? Pung pang! ... aok tak balik Lipis ke ? Pung pang!...
"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok menyinggah.
"Aaa...tak pe ! tak pe !", rakan chubby gua menolak sopan pelawaan.
"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.
"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.
"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.
"Assalamualaikum bang! "
Adik comel bersongkok masih di situ.
Rakan chubby gua dah ketat muka.
"Hahh...aok jual kat abang tu...", seraya menunjuk kepada pengecop baju handalan.
Adik comel bersongkok cepat2 blah. Tidak cukup dengan blah sahaja. Gua dengar sayup2 dia memaki rakan chubby gua kerana 'kedegilan' dia membeli.
Yang menjadi persoalan. Kenapa adik bersongkok tidak menjual kepada pengecop baju handalan ? ke adik tu pernah kene cucuh dengan api rokok ?
6 ulasan:
ni ok lagi.. aku penah kena tok sami minta derma.. HAHA
habis tu, lu buat apa ?
Woi..budak tu gua dah kasi penampor agaknya dulu..
gua dah agak, mesti ada sejarah hitam punya.
gua snap gambo dia, cakap muka dia nnt masuk blog..
pastu dia trus blah.. haha
dia nak mintak bubuh muka dia kat t-shirt ko kot?
Catat Ulasan