05 Jun 2009

Rizal memang bersepah kat Asia ni. lu jangan tak tahu.

Pagi2 dah kene beratur. Macam pekerja keretapi maut kat Burma. Beza cuma gua agak segak beruniform dan bersongkok lipat. Dok kat barisan belakang. Bukan kerana gua tak pandai cuma formasi barisan memerlukan orang tinggi berada di belakang. Baru sedap nampak kalau buat raptai.

"Al an , al gon ni ma'an , an nasyidu bilaa di Malazia...wahid ... isnain ... tha la tha....!!!"
(Lebih kurang makna : Sekarang kita nyanyikan lagu Negaraku....satu ....dua .... tiga).

Steady jugak la gua perform nyanyi. Sampai terangkat rangkat hujung kaki bila time korus. Bukan main banyak jasa pencipta lirik Negaraku, kan ?

Lepas Negaraku, kitaorang pekene lagu rasmi Negeri Pahang. Sususan lagu dia boleh tahan  laju. Tak macam lagu negara Jerman. Slow nak mampus. Ada sesetengah kes, gua boleh hanguk2 kepala tanda 'ngam' hati dan lagu bersepadu. Orang seni je leh rasa perasaan ni.

Tiba time umum nama pengawas. Gua buat2 biasa. Kalau hadiah markah tertinggi peperiksaan akhir kertas bahasa Inggeris, nak jugak gua berdebor. Ye lah...tiap2 hari tengok BJ and The Bear, mesti sedap menulis.

"Ahmad Rizal Mohd Ghazali !!!", kuat suara bergema melalui pembesar suara.

Cikgu Salleh , guru displin yang selalu hambat gua dah ketat muka. Semua hadirin termasuk hadirat mencari kelibat gua. Semua dalam mode "tak sangka".

Dalam ngada2, gua atur langkah ke dapan khalayak. "Apa gila ke cikgu ni lantik gua jadi pengawas??". Persoalan demi persoalan terpacak di kepala.  "Nak suruh sekolah ni lingkup gamaknya...."

"Ralat ralat....Bukan Ahmad Rizal ni...Ahmad Rizal Abdul Jalil..."

"Cilakak!! dah gua ada kat depan nih , nak suh buat2 pengsan ke ? Umur2 akil baligh ni tak elok gurau macam ni cikgu...!!!"

Hati gua terus memaki2 dalam bahasa yang berterabur. 

4 ulasan:

bokbon berkata...

kenapa lu tak cekak pinggang, lepas tu jerit

"hoi, lainkali kalau nak panggil nama tu perati baik-baik"

hahahaha!

edd79 berkata...

hahahah ..kelakar beb. starlight je sapa yg buat announcement tu (dlm hati je la)

ayobkelubi berkata...

hahahahahaahahahhahahaahhahahahahahahahahahahahahahhahahahahaha

gunx berkata...

bokbon , gua pun hairan cikgu2 ni..ke memang dah usul dalam meeting agenda nak pekene kat gua?

edd79 , lu leh imagine tak muka gua time tu ?

ayob , hhehe...