26 Jun 2009

Mat Gunx bercerita tentang dunia teater. Jangan ambil port sangat.


Lakonan gua tak silap pada semester kedua. cam harem!

Ada satu hari, gua dah migrain menyelesaikan masalah Matematik. Dia punya soklan dah taraf2 Oxford. Ada juga gua terbau hangit kat otak kiri. Tu petanda dah nak overheat. Kalau di layan sangat, boleh mudarat. Nanti kurang satu orang membayar cukai pendapatan kat Malaysia ni.

Gua mundar mandir di koridor pusat pengajian di utara sana. Tidak berbaju tetapi berseluar jeans koyak di peha. Sekali sekala terdengar riuh budak2 separuh baligh bergurau senda. Nama je sekolah MRSM la, MCKK la , Labu la...tapi boleh tahan dia punya felda.

"eh Gunx! Ko-K ni ko masuk mana ?" , sergah rakan gua yang putih melepak tetapi perokok. Gua pun hairan apa rahsia dia boleh menten kaler bibir normal walaupun boleh tahan kuat hisap rokok ? Pakai lipstik tak munasabah jugak.

"Hah...tak lagi .. apa yang sedap ?", gua sengaja berminat menyoal.

"Aku masuk teater. Jom!", lelaki putih tetapi perokok itu menjawab.

"Huh..biar betik !! Sedap ke ? ko jangan main2. Jatuh maruah nanti.", gua sedikit curiga.

"Ini bukan soal maruah ke haper. Orang kabo soklan exam final dia senang giler. Pendek kata , kalau esok paper Seni Lakon, kira macam kita pergi tak bawa otak la", lelaki putih tetapi perokok bersungguh berkempen.

"Sedak2!! I'm in", gua kasi calit tangan macam rocker2 selalu buat kalau mendapat kata putus.

........
........

Gua dah terjelir lidah. Hari ni dah masuk hari ketiga rehearsal. Dia punya penat macam budak PLKN.

"Cilakak! Kalau gua tahu macam ni punya penat, baik gua register Ko-K Mengimpal Kereta!!"

4 ulasan:

isman berkata...

suhairi@erry ker yg ajak ko tuh? muahahah, ok per Ko-K lakon? ngabiskan masa mlm2 tepi sungai rehearsal. muahaha

bayam berkata...

Ko-K muzik tradisi terbaek.. final exam 5 minit je dah siap... Final sem bleh buat konsert..

beemer berkata...

ade ker ko-k mengimpal keta? hahaha ...

Awanama berkata...

Amek ko-k kor mekanik la senang..ngan En Chu..terbaik!