23 Jun 2009

Jangan marah haji..abang gua memang macam ni !!

Nak kata erat tak juga. Nak kata tak ngam tak juga. Ntah apa terma yang sesuai hubungan gua dengan abang gua. Sejak dari kecik memang dia punya satu perangai yang pelik. Kalau dengan member2 , bukan main licik bergurau senda. Kalau dengan gua, macam Presiden Iran jumpa dengan Obama. Tak de modal nak cakap, tahu cari modal nak bergaduh.

Ferr....apa apa pun , dia tetap abang gua. Lagenda motorcross Kampung Senggora. Setahu gua tak de orang lagi boleh celen dia panjat bukit menghala ke masjid Tekoh guna jentera liar tu. Nak rasa bangga pun tak munasabah juga. Muda2 biasa la. Semua nak rasa. Itu pun nasib baik keluarga gua duduk kat Malaysia. Kalau kat Arizona ?

Satu hari di majlis perkahwinan adik gua.

Haji YY (bukan nama sebenar) datang begitu bergaya. Dulu dia jadi wakil calon parti bulat. Hangus juga la wang pertaruhan. Haji YY datang bersama keluarga. Keluarga dia memang sedap. Semua anak2 dia menjadi. IPT la, engineer la, business la. Tak macam keluarga gua.

Haji YY duduk bergaya selepas makan. Dalam keletihan gua bersembang juga. Tetamu kan ?
Dalam sembang, gua dah gelisah satu macam. Nak cakap berat, nak biar lagi haru.

"Aok keje mana skang ?", tanya Haji YY.

"Huh? Kolumpor..."

"Hah bagus la..jaga mak aok tu...bla bla...jangan derhaka....bla bla....bla...bla ..."
Cam biasa, kata nasihat Haji YY penuh berisi. Tapi .....

"Haji! ... Seluar aok zip terbukok..hahhahaha", abang gua melaung kuat.

Itu la abang gua. Jenis tak makan saman. Legasi Kg Senggora.

2 ulasan:

S@Y@NGH@SNI berkata...

biasa arr..
ader gak adik beradik gitu..
aku dulu wat persatuan anak2 perempuan..
sebab mak aku suka anak lelaki jer..

Unknown berkata...

hahah...leh ke cam tuh ?