28 Mei 2009

(retro) Jadi guru pun kene ada akal lebih jugak, jangan tak tahu.

Cikgu perempuan yang muda2 ni memang tak tahan lama. Kejap je mengajar, tak lama mesti off kejap. Tapi , bagi kutu cam gua, ia adalah satu rahmat tidak terhingga.

"Hah...mok dengar ada keje kosong kat sekoloh rendoh nuh..."

Gua asyik mengetip kuku di serambi rumah.

"Ja..!! Dengo dok mok kabo ni ???", jerkah mak dari dalam. Waktu petang angin bertiup sederhana ni memang mendamaikan. Gua asyik dengan alunan orkestra alam.

"Dengo..dengor...aduhhhh!!!", gua mengorek cagu agak dalam sehingga tersasar menangkap sesisip daging.  Ada sedikit darah mengalir di celahan kuku bercampur dengan cagu. Yarkkkk...jijiknya...busuk macam rasuah !

"Hah....esok pagi, aok pegi jumpa guru besor, bowok sijil seme...daripada duduk mengeteh je malam2  ", ayat klise seorang ibu yang prihatin.

.......
.......

3 bulan kemudian pada  1 syawal 

"Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm!!"
"cikgu !! oooooooooooooo  cikgu ......"
"Assalamualaikummmmmmmmmmmmmmm!!"

"ehh...mana cikgu ni ?? selipar dia ada nihhh"
"jom la kita pergi rumah orang lain..."

Gua intai dari lelubang. Berderap2 derang beraya ke rumah orang. Ligan duit la tuh. Macam gua jugak time kecik2 dulu. Sekolah pun satu hal , tak release2 payment. Motor pun tak berasap. Hamba abdi ngan cikgu ganti dah macam sama taraf. Nasib baik gua tak tahu nombor henpon Menteri Pelajaran time tu. 

Gua kuatkan balik volume cerita KAMI . Sedap layan Sudirman petang2 syawal ni.

1 ulasan:

unwantedstorryteller berkata...

cikgu yang hebat..