25 Mac 2009

Sudut Flashback SPM gua #2



ntah kenapa time tu kasut cap penguin hit. kucar kacir masing2 serbu kedai nyonya Maran pekene beli . Oleh kerana harga dia agak kompetetif atau harga "mesra-Melayu", tak semena2 ia menjadi hit dalam masa yang singkat.

Budak2 sekolah arab Maran batch gua, tak nak kalah ingin menyertai sekali trend songsang ini....termasuklah yang sedang taip nih.

Setelah berjaya dengan transaksi pembelian, tiba masanya acara DIY. Kalau takat beli terus pakai , mana ada spirit indie. Kene ubah ikut kreativiti dan serba sedikit rangsangan ta'akulan minda yang tajam.

Gua perlukan sedikit ink kekal utk tujuan ini. Celup ink kekal dan talakan berus buatan China kepada dinding kasut. Nah ! selepas itu, jemur secukup rasa. Wah ! Wah !
petang main bola pun tak berapa nak sedap. Hati berat nak ke sekolah esok pagi. Pasti ramai mata2 puteri SMAM menjeling dan berbisik akan kekreatifan anak Maran sorang ni.

Hari itu , cikgu Salleh tak de. Arahan diberi agar murid2 ke perpustakaan utk acara menambah ilmu di dada.Gua jalan mendada macam Honky Tonk Man. kadar ego jangan cakap la. Mujur jurus English gua time tu tak berapa mampan.

Kasut penguin gua letak di satu sudut.

Kringgg !! Kringgg !!!!

Murid berkerumun di muka pintu.

"SIAPA TUAN PUNYA KASUT NI ????", jerit Cikgu Badrul merangkap cikgu displin SMAM.

Tak boleh letak tulisan "PUNK " ke kat kasut ?

Tiada ulasan: