13 Mac 2009

Kenapa perlu berahsia ?




gua layan TV di ruang tamu. Rumah bujang kami ketika itu boleh di katakan punyai kasta terbaek. Mendapat jolokan kondominium berlokasi pula di pusat komersial ibukota menjadikan kami tidak semena2 menjadi elit di mata masyarakat.

"Tit tit tit...."

Kedengaran bunyi ketukan lembut kepada papan telefon talian tetap di ruang dapur. Rakan serumah gua yang sorang ni dalam banyak hal akan berkongsi masalah walau sekecil mana. Tetapi , malam itu seakan2 dia mahu mencari jurunasihat lain. Barangkali masalahnya agak besar dan memerlukan jurunasihat yang berpangkat besar. Juliana Evan barangkali ....

Gua biarkan.

....
....

What ??? Apa ni ???
Panggilan ke nombor itu mencapai angka tertinggi dalam ranking bayaran kami pada bulan itu.

"Aku register Who Wants To Be A Millionaire", rakan kami mengaku akhirnya.

"Habis tu ?, bila lu nak masuk TV ? "

"Tak dapat masuk ... suara kompiter tu tanya soklan payah2...cilakak", dia mengaku lagi.

"Jom pekene maggie...."

gua kan jurunasihat yang baik.

2 ulasan:

bayam berkata...

hahaha bila bil dah keluar baru la mamat tu nak mengaku kan... takpe gunx dia sekarang dah menjadi jutawan juga akhirnya.. tahniah

Tanpa Nama berkata...

Fer! Gambar Slumdog Millionaire.
Tak salah mencuba jadi kaya betul tak? Akakaka