24 Februari 2009

Pengalaman saya memakai songkok sambil membeli surat khabar The Star di satu pekan kecil di Pahang.

Ketika itu , memang havoc sekolah. Cikgu sandaran bersepah2. Cikgu tetap boleh bilang dengan jari. Apa jadah punya management , gua pun tak tahu. Tak kan perkara ni nak serah kat budak hingusan macam gua (time tu la ) utk fikir.

SPM kalau ikut pepatah Inggeris, di sekitar selekoh dah. Cikgu dah macam givap ngan budak2 ni. Macam tak beri harapan sangat. Lantak demah la , bak kata orang Lipis. Budak2 Melayu ni, lagi di marah, lagi nak tunjuk degil. Hati masing2 dah berat nak keje kilang Sawmill kat Maran tuh (baca: satu2 nya kilang papan yang membuka pintu rezeki majoriti golongan Melayu ketika itu). Tak sabar nak willy dengan RXZ depan cikgu. Lambang kejayaan melawan cikgu.

Hah? gua ? Bercampur dengan golongan ini kekadang ada bagusnya. Ada juga positifnya. Dapat mendalami masalah serba sedikit. Masalah keluarga la. Motivasi tak de la. Apa jadah dengar masalah dalaman atas siling ni tatkala waktu kelas . Gila ! Hisap rokok bertubi2. Setiap asap yang terkeluar tanda satu masalah selesai, kononnya . Gua terpaku di depan. Mendengar luahan hati mereka.

"Wei....!! Aok baca surat kabo omputih ke ? ".

Terselak sedikit beg indie gua. Tampak jelas surat kabor The Star masih berbau kedai. Bergegar siling mendengar hilaian ketawa mereka.

Cilakak !

3 ulasan:

pipiyapong berkata...

Gua pun dulu menyorok juga baca suratkabor omputih..

gunx berkata...

haha...gua nak beli pun , riki2 line...

revrie berkata...

Mentaliti melayu.