17 Februari 2009

Sembang Letup Bersama Abg Mamat Khalid, huh ? tak kenal ? nak pelempang ?



Orangnya biasa, sentuhannya bisa. Itulah sahaja preskripsi gua terhadap Abg Mamat Khalid. Pertemuan kami buat kali pertama di Maskara Shorties di Rumah Pena walau hanya sekadar bergambar dan bertanya kabar, membuatkan gua ingin membuat follow up dan meriki perjalanan hidup beliau dari bawah hingga ke podium sekarang. Nah ... gua persembahkan sembang letup gua versi platinum.

1-leh citer sikit , pengalaman pahit abg semasa di sekolah rendah. mesti abg kuat membuli orang kan ?


tak langsung! abg tak beberapa join mana2 gang sukan mahupun gangster masa sekolah rendah. gang abg cuma terdiri dari kanak2 yg hingus meleleh yg bernama seperti nayan, aduha, mawar dan din kelafi. bila tingkatan 6 baru abg disassociate langsung dgn semua golongan dan duduk atas atap sekolah bila assembly.

2-pegaruh rock kapak mengikut kitab2 tua mengabarkan mendapat aliran kuat dari 2 negeri iaitiu Perak dan Johor. sila rujuk band2 rock arus perdana ketika itu banyak biodatanya dari 2 negeri tadi. kenapa agaknya ? parti2 politik baik kanan atau kiri pun first penubuhan dari Perak dan Johor. kenapa ya ?

hanya negeri yg berrokers je mampu menubuhkan parti politik! parti komunis dulu pun pejabat melayunya pertama kat parit perak! sememangnya ke dua negeri ini byk melahirkan insan mulia dan lahanat. terpulang pada buku yg mana anda baca.

mungkin kerana kedua negeri ramai orang bugis?

3- leh citer sikit kutu mana yang mula2 ajar abang hisap rokok ? apa nikmat perokok yang tak dapat dinikmati oleh golongan lain ? dapat idea letup2 ke kalau hisap rokok ? he he he he ... Jimmy Hendrix dan Bob Marley pun letup2 karya mereka sampai sekarang , macam sawan orang tiru. nasihat abang kepada adik2 tentang rokok ?

masa tingkatan dua nikmat abg masa tu adalah mendengar jukebox, minum f&n oren sambil menghisap rokok. tiada siapa yg ajar. dapat duit jadi caddy golf abg mula beli rokok. rokok tak pernah bagi idea. bagi sakit dada dgn batuk kul2 ada la!

adik2 yg nak merokok tu hisaplah. nak sgt buang duit dgn gigi rupa gate keretapi batu gajah lantak le komer! dah org kata jgn merokok komer nak isap gak hish

4-cinta pertama abang ? perasaan abang ketika muda belia di sayangi. he he he. apa kelebihan abang berbanding belia 4B yang lain ketika itu ?

cinta pertama abg ada 6 orang rasanya. ke enam2nya abg tangkap cintan demi memahami erti cintat ketika itu. 3 org pada satu masa yg sama. perasaannya amat bahagia sekali seperti kera mendapat bunga pun ada. sebab terlalu muda untuk serious kut. anyway godbless them yg pernah bercinta monyet dgn abg itu.

tiada kelebihan abg ketika itu cuma ayat yg power sgt dan rupa abg iras2 dhalan zainudin campur wazata zain ini menjadi asset yg agak berguna. mungkin juga kerana abang pandai bermain meriam buluh dan hobi menanam pisang di batasan lembut itu membuat abg di dlm kriteria yg agak macho.



5-kenapa menjadi director film ? tidak ahli politik, ustaz atau angkasawan ?

kenapa bayu melanggar gunung? kenapa bintang bertaburan di langit biru? unexplainable. its just there. dan menjadi pengarah filem harus mendalami ketiga-tiga profesyen itu tetapi ketiga-tiga profesyen itu tidak boleh menjadi seorang pengarah filem.

6-kenapa abgn boleh campur ngan geng2 sol jah ? tak rasa jatuh kelas ke ? apa yang best nyer sol jah ?

gang sol jah ni gang mat sabun. di kepalai oleh juru sabun yg ketara buihnya. i like that.

7-pendapat abg tentang sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa penjajah utk sains dan matematik, pendapat dari sisi positif barangkali. abang dah cukup senang dengan keadaan sistem sekarang ? atau ada vakumm yang perlu di isi ?

mana2 negara di dunia ini sistem pendidikannya terbuka untuk komen dan pembaharuan. bergantung pada bapak menteri yg ada kuasa ketika itu. baik matematik atau sains pada abg bukan termology yg menjadi masalah. yg membuat pelajar kelihatan biul dan nganga kebingungan adalah penerimaan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua mereka. kalau tak fasih berbahasa itu bukan sahaja maths dan science yg bermasalah, latihan jasmani pun boleh fail yob! mengapa bahasa inggeris itu mustahak? mungkin kerana buku rujukan kita tak setanding buku2 yg terdapat di negara jepun ataupun peranchis yg tidak perlu menyandar pada queens english.

8-sebelum abang tutup mata, apa yang abang inginkan untuk dunia seni ?

filem sebagai budaya melayu. bukan sekadar hiburan sahaja dan tika itu gaji abang dah 7 ribu sebulan mintak2nya.



9-pendapat abang tentang Ayah Pin yang mencipta fenomena seketika dahulu. kenapa dia bisa menarik crowd sebegitu ramai, apa X factor yang ada pada beliau ?

X faktor dia boleh sama di apply X faktor yg ada pada ahmad idham juga. sama golongan masyarakat yg mengkagumi dan dikagumi ehee

10. ni soklan wajib saya bang ? apa pendapat abang tentang Palestin ? bisa di ceritakan dari sisi yang bebas dan yang abang senangi.
abg dah cakap byk pasal itu dalam blog abg. yg pasti sejarah di tanah nabi ibrahim itu akan terus bergolak.......

terima kasih kerana sudi di ramas mesra. takda payment ke ni? hish (alamak bang!! gua pun parok ni -ed)

4 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

lipis takde sejarah rockers ke?

Unknown berkata...

hah...tunggu lu la ni..kasi story sikit....

Ismail Othman berkata...

akob lah rockers. dia kata penyanyi masa tu sedara dia.

Jimbo berkata...

soljah sabun?