05 Disember 2008
Sembang Letup Bersama Ustaz Maszlee.
Gua rasa, kalau tak jadi ustaz, mungkin jadi stand up comedian macam Afdlin Shauki. Itu lah impression gua sewaktu berkenalan dengan Ustaz Maszlee Malik, pensyarah dari UIA. Modal lawak beliau segar dan letup.
Beliau dan isu Palestin memang kacip. Maka , tidak hairanlah beratus2 artikel telah ditulis dan berpuluh2 buku pasal Palestin telah di riliskan. Tidak dicampur dengan sembang letup beliau di majlis2 formal anjuran NGO, parti politik dan juga universiti2 tempatan dan luar negara.
Namun, memang tak kering gusi la kalau dapat sepam dua mengeteh dengan beliau.
jom layan interbiu eksklusip ini.
1-ust bermula dari english college dan mendapat keputusan yang agak baik ut meneruskan dalam bidang2 'lumayan' seperti kejuruteraan, medic , etc. kenapa berubah arah kepada pengajian agama ? ada sesuatu yang ingin di kongsi barangkali.
itu cerita lama. namun saya berubah haluan dalam ruang yang agak awal, lepas srp. jadi time tu tawaran lumayannya cuma pergi ke mrsm dan sekolah2 berasrama penuh aje, belum tentu jadi 'orang' berpendapatan lumayan lagi...hehehe
kenapa berubah angin?, itu menarik, sebab saya geram dok tengok sesetengah ustaz yang saya denga ceramahnya dok cerita benda2 lucah, tak mencabar minda dan tidak membawa kepada perubahan paradigma masyarakat...terlalu sekular pendekatannya, seolah2 agama ni milik tok lebai aje, seolah-olah kalau jadi ustaz ni dah sampai tahap 'orang suci' ataupun nirvana...
jadi saya nak bawa satu identiti baru, bukan pada orang lain, tapi pada diri saya sendiri..iaitu ilmu agama adalah ruang terbuka untuk diterokai semua...bukan golongan 'suci' sahaja.
2-adakah salah satu faktor islam di malaysia tidak subur kerana kerusi2 strategik hal ehwal agama di pegang oleh mereka2 yang tidak berkelayakan ?
itu satu hal...dulu punya ceritalah. kalau sesiapa yang pegi sekolah agama ni biasanya yg tak layak nak masuk sekolah2 yg elok-elok. malah ramai yang ditendang dari sekolah2 biasa, maka masuk sekolah agama. itu yg ketaranya di johor lah zaman2 dulu. maka mereka yg menjawat kerusi bidang2 agama kebanyakannya dari kualiti macam tu...tu yang negara maju ke hadapan, tetapi dalam bab agama masih mentaliti 50'an atau 60'an...
itu juga mungkin faktor kot. tapi masalahnya, saya pun tak minat nak jadi 'orang agama' sangat ataupun menjawat 'jawatan2 agama' ni...lebih minat jadi orang ngo atau aktivis...lebih bebas, lebih sempoi...tak payah skema.
3- kita ada radio dan tv yang bebas mengisikan program2 islamik , apa pendapat ustaz dengan kemudahan ini dan setakat mana impak kepada khalayak setakat ini ?
saya jaranglah tengok program2 agama di tv malaysia...best ke?, tak berani kasi komen, sebab tak rajin tengok. saya lebih seronok tengok program2 islamik kat media alternatif dan juga dari luar...maaf tuan!
4-program islamik di malaysia masih lagi berkonsepkan muzik2 versi islamik, af versi islamik, dan talk show yang menampilkan ustaz2 dan ustazah2 selebriti, adakah masih ada ruang utk program2 islamik di tv ?
itu kena tanya sama stesen2 tv...kebanyakannya nakkan untung. tapi saya dengar rtm sudah kasi banyak ruang sama jakim, dan jakim pun ada mereka punya mekanisme untuk media.
ni satu lagi masalah minda melayu. masalah taklid atau ngikut2 aje...apa orang buat dia nak buat, takde inovasi, tak kreatif, dan kurang penghasilan ilmu. kita masih takut, terbelenggu dengan norma yang kita cipta sendiri dan terlalu selesa dengan apa yang ada, tak suka cabaran.
kenapa taka dakan ruang debat agama, dialog mcm orang politik buat. lagi bagus buat debat antara agama, atau ruang soal jawab yg betul2 jantan. panggil geng2 yang anti islam ataupun islam versi lain, kasi peluang dialog, diskusi...barulah ada kemjuan minda.
5-apa definisi filem terbaik bagi ustaz ? selepas kegagalan filem syukur 21 yang kelihatan 'robotik' (sesedap gua je komen…ha ha ), apakah masih ada sinar utk filem malaysia ? apa cadangan dari ustaz utk para sutradara di malaysia ?
kita kurang ideologi. kebanyakan produser filem kita buat filem nak duit, dan bukannya berdasarkan ideologi. maka filemnya kaku dan tidak membina minda. cuba lihat filem2 barat yg berdasarkan ideologi ataupun karya2 tertentu yang mepunyai mesej ideologi, maka filemnya lebih berkesan.
syukur 21 tak boleh salahkan produser, sebab saya yakin dia juga melihat sudut komersil. kita perlukan duit wakaf untuk buat filem islam...yang berkualiti, minda orang melayu islam tentang wakaf perlu diubah dan diperbetukan.
mungkin kena buat yayasan wakaf filem islami.
6-cinta dan seks adalah serapah paling berkesan utk melariskan filem. ttp jika di sorot filem2 di Iran sebagai contoh. kelihatannya mereka bisa menembus pasaran filem dunia dengan imej kontemporari. pendapat ustaz ?
sebab mereka ada ideologi. tidak kiralah samada islamik atau tidak, tetapi ada mesej dan ada falsafah. cakap pasal iran ni saya amat respek bab pendidikan falsafah mereka. samada geng2 ayatollah mahupun geng2 yang anti-ayatollah.
satu lagi terjemahan karya2 agung ke dalam bahasa mereka juga amat menakjubkan. bayangkanlah novel 'alchemist' si coelho tu pun diterjemah ke bahasa parsi...di malaysia?, mimpilah... bebudak universiti kita pun bukannya kenal novel2 yang bercorak ideologi, falsafah dan juga klasik...semuanya cinta...(monyet)
7- ustaz pernah terlibat dengan penerbitan album. apa definasi muzik islamik sebenarnya ? apakah ia mesti berkupiah dan memukul gendang ?
hahaha. saya tak terlibat menerbitkan, cuma kasi ide, cantumkan puzzle2 tu, dan juga kasi tazkirah aje. takde penglibatan secara langsung...muzik islami...ada ke?
muzik ni muzik lah...selagi tak haram, ok lah tu. cuma nak kategorikan muzik islami ni kena tanya orang muzik lah, jangan tanya ustaz macam saya, mana reti benda2 macam ni.
8-pendapat ust ttg wanita bertudung dalam industri muzik dan filem ? apakah ada ruang itu dalam islam ?
alaj, kalau tak terlibat dalam industri pun, ramai dah rajin buat filem dan muzik sendiri. persoalannya, apakah islam membenarkan budaya selebriti?
saya rasa benda2 camni benda ijtihad ikut perubahan zaman dan tempat. kena tanya sama yusuf al-qaradawilah macam tu...
9-jika ustaz di beri sejumlah peruntukan utk membuat filem, apakah genre dan konsep yang akan ust bikin ?
saya nak buat filem realiti, kita rakam betul2 sikap orang2 malaysia yang kaki rasuah, yang ambil rasuah, yang korupsi, samada pegawai kerajaan mahupun korporat, yang berpura-pura, cakap depan lain, belakang lain, terutamanya orang2 politik, sikap anak-anak muda yang tak tahu hala tuju, sikap penipu para peniaga, sikap hipokrit orang agama, sikap bermuka-muka dan lain-lain lagi yang 'real' dalam masyarakat.
mungkin contoh saya adalah micheal moore, mr bean dan shasha baron cohen. mereka 'real'. konsep macam tu yang saya mahukan...tapi tak tahulah lpf (lembaga penapisan filem) luluskan ke tak, kalau tak lulus, saya akan jual di indonesia ataupun di eropah...hahaha
10- isu palestin kelihatan seperti yo yo . sekejap di atas , sekejap di bawah. kenapa ? di mana silap kita sebenarnya , kerana ia masih bersifat bermusim.
takde silap. itulah sikap manusia. selagi takde orang palestin kena bunuh ramai2, selagi tulah mereka buat donno aje. tapi saya ingat, nak semua orang kisah pun macam tak logik juga...tapi kena adalah usaha berterusan di kalangan interest group yg buat kerja untuk isu ni. cuma ruang lobi masih belum kuat di malaysia ni...mungkin banyak lagi kita kena belajar.
amacam ? hit blog ust !!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan