15 Disember 2008

Sembang Letup Bersama Madu Lebah, si perajurit genit Pink Platun.



MaduLebah di beri nama
Orangnya renek persis Dang Suria
Molek bertudung si gadis desa
Tetapi boleh bergua-lu gua-lu pula.

Ayuh! Bacain sembang letup ini.

1- apa citer pink platun ? adakah ini sayap pergerakan wanita sindiket sol jah ?

Pink Platun berehat seketika. Ye la.. ramai ahli nya yang baru mendirikan masjid, bakal mendirikan masjid dan bakal menimang cahayamata. Keluarga patut menjadi keutamaan. Ada rezeki kami akan tampil dengan volume kedua. Pink Platun bukanlah sayap pergerakan wanita sindiket Sol-jah. Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan Sindiket Sol-jah begitu menyokong hasrat Pink Platun.

Dan sebagai kumpulan yang lebih berpengalaman, mereka sanggup membantu dari akar umbi. Tanpa ada rasa takut akan dicabar sebaliknya begitu berbesar hati. Eh, lu tanya-tanya ni dah beli ke Pink Platun?

2-apa pedapat lu ttg scene blook iaitu pembukuan tulisan2 di blog kepada hard copy ? kenapa perlu di bukukan sedangkan boleh je baca kat internet bila2 masa ? ada justifikasi tertentu ? sapa dalang di sebalik projek ini ?

Pada pendapat gua ia bagus. Bukan semua orang boleh nak online dan baca blog sentiasa. Tak semua orang ada internet. Memang sekarang ada wireless, tapi tak semua orang ada laptop atau laptop yang ada wifi. Lagipun ada penulis yang dah berenti menulis di alam maya. Tetapi sebab pengaruh tulisannya maka dia dijemput untuk menyumbangkan entry ke dalam blook.

Dan ada juga entry yang dimasukkan dalam blook adalah dari arkib penulis yang sudah tidak dipaparkan kepada umum. Kalau tak silap gua dulu penulis-penulis ni buat runcit-runcit je dalam bentuk zine. Bila sambutan baik baru mula dengan blook secara berjemaah. Kemudian baru secara sendiri. Siapa dalang itu gua tak pasti. Gua tak nak silap bagi fakta.

3-apa ciri2 blog yg lu suka ? entry pendek ttp lawak? political-oriented ? minta penjelasan

Pertama sekali tentu la gua suka baca blog kawan-kawan yang gua suka. Kalau gua tak suka-gua tak baca. Tak kisah entry pendek ke, panjang ke, lawak ke atau apa saja yang dinamakan entry. Asalkan ia tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, tidak terdapat unsur-unsur maki hamun, cara penceritaan yang kecelaruan atau entry-entry yang bersifat perasan tahap langit ketujuh.

Gua paling tak suka baca blog yang maki-maki hamun, tulis perkataan pelik-pelik lepas tu bold tulisan tu. Dah bold letak pulak warna merah, biru, kuning bagai. Hoh!! Bleh bikin migraine gua. Jadi, untuk tidak migraine gua memang tak baca blog macam tu.

4-masa lu lahir , muzik genre apa tgh meletup ? hail amir masa tu mesti tak senang duduk kan ? lu ada terpegaruh tak dengan aliran muzik ketika itu ? gaya penampilan mungkin ?

Masa gua lahir mana la gua ingat. Ha ha ha.. Hail Amir gua tak ingat. Tapi yang gua ingat, kat rumah gua ada tape Herman Tino, Air Supply, Scorpions, Endang S. Taurina dll. Masa zaman gua sekolah masa tu rock kapak tengah hit. Masa tu juga rancangan Pujaan 10 Nescafe paling top. Pagi Ahad gua dengan kakak mesti tunggu punya. Siap dengan buku dan pen. Nak salin lagu.

Sambil tu standby tape lama. Nak rekod. Kalau tu tape ori kitaorang sumbat lubang bawah tape tu dengan kertas. Baru boleh rekod. Lepas tu surat khabar Pancaindera tak lepas beli sebab nak potong lagu - tampal dalam buku. Siap dengan gambar artis lagi. Huh buku latihan matematik pun tak setebal kitab lagu rock kapak tu. Dari segi pengaruh, gua bukan budak yang cepat terpengaruh. Cuma kakak gua je yang tiba-tiba bertukar jadi rapper masa sekolah menengah. Ha ha ha..



5-filem apa yg lu paling menyampah nak tengok ? kenapa lu tak suka ? ciri2 filem yg lu suka?

Sorry to say, gua paling menyampah filem arahan Yusof Haslam dan Razak Mohaideen. Lu tanya kenapa gua tak suka?? Cuba lu tengok filem diaorang, ada lu suka?? Sebenarnya gua layan semua genre. Eh, kecuali cerita hantu. Itu gua tolak tepi. Yang lain: komedi romantik, lawan-lawan, filem epik, kartun semua gua layan. Dan gua juga cukup suka kalau filem tentang tarian macam Save The Last Dance dan Take The Lead.

6-apa pendapat lu dengan sistem pendidikan skang ? zaman dulu, mana ada nak kejar sampai 20 A1 pa seme , la ni . apa jadah sampai histeria student2 ligan study sampai rabak mata nak kejar A1. lu fikir ada sudut positif tak ? ke seme ni agenda nak jadikan student , robot2 akademik tanpa perasaan ?

Gua tak berani nak bagi komen la. Nanti silap-silap gua kena tindakan tatatertib. Tapi yang gua tengok budak-budak sekarang memang disogokkan dengan macam-macam perkara. Kejar itu ini. Pergi sekolah macam terpaksa-paksa je. Tu yang makin menjadi-jadi masalah disiplin. Zaman gua dulu pergi sekolah enjoy sangat. Hari-hari gua rasa nak pegi sekolah.

Walaupun kena naik basikal 5 - 6 km redah hujan, panas, jalan lecak bagai, gua tetap enjoy. Gua masuk macam-macam persatuan, pertandingan semua. Tiap kali penyampaian hadiah, gua tetap naik atas pentas. Mak pak gua pun xde suruh-suruh gua mesti dapat 5A macam kakak gua. So, gua belajar la macam biasa. Ikut kemampuan gua. Eeerr ke gua ni tak bercita-cita tinggi?

7-gua tahu lu jadik pop corn girl masa maskara shorties dulu, ttp leh tak lu kasi komen ttg usaha sol jah organise event ni ? tak silap gua, RTM ngan ASTRO pun ada bikin contest2 short ni ? sejauh mana keberkesanan ? di mana keunikan maskara shorties ?

Usaha Sol-jah untuk organise event ni memang gua salute lah. Bermula secara kecil-kecilan dan maju setapak demi setapak. Walaupun ada suara-suara sumbang diawal kemunculan Maskara tapi diaorang tak peduli. Tengokkkk.. Tengokkk... RTM dengan ASTRO bikin contest. Tapi Maskara tak bikin contest pun. Diaorang cuma tayang filem yang dibikin sendiri tanpa ada conflict of interest. Keunikan MASKARA khasnya adalah - semua dihidangkan secara percuma.

8-pendapat lu ttg tulisan Naga ? apa keunikannya ?

Tulisan Naga telah menyuntik satu fenomena baru dalam arena penulisan blog. Ramai yang cuba-cuba menulis mengikut gaya penulisan Naga. Dan dia menjadi kegilaan gadis-gadis genit. Keunikannya ialah beliau memang orang seni. Dan seni itu universal.



9-kalau lu dapat satu juta , apa lu nak buat ?

Pertama sekali gua nak bayar zakat (ferr....cayo cayo - Ed). Lepas tu pergi haji. Bagi mak gua juga duit tu. Kemudian kalau ada baki lagi gua nak buat modal berniaga. Ada baki lagi gua nak beli rumah banglo setingkat dan buat kolam renang. Kalau ada baki lagi - gua nak pinang orang, boleh? (macam siti khadijah beb ! - Ed)

10-he he .. soalan antarabangasa sikit, apa lu rasa ttg isu Palestin , nak berpuluh2 tahun tak bebas2 lagi ngan Israel, apa jadah Israel kuat sangat ? ke kita yang lembik ? he he... leh kasi sepam komen ? he he ...

Weh!! Lu dah janji bagi soalan runcit-runcit je, ni apa hal terbit isu antarabangsa pulak.(he he ..sowi - Ed) Gua bukan layan bab ni. Politik Malaysia pun gua tak layan, ni kan pulak kat luar sana tu. Eeerrr tak patriotik kah gua?

Cuma pada gua, baik Israel atau Amerika depa memang jahat. Dan memang nak memusnahkan orang Islam.

ok lu puas hati?? kasi up cepat. Ha ha ha (amboi amboi *lenggok abg azwan bling bling* - Ed)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

peh nida!

gua ingat gua baca interview dengan pipiyapong tadi...

Unknown berkata...

hi hi ..