18 Disember 2008

Sembang Letup Bersama Mael The Fury, pemetik gitar merangkap bakal ketua kg Tempoyang.



1-citer sikit asal usul lu ? anak jati Kuala Lipis ke ? ke imigran dari Jawa Timur ?

aku anak jati kuala lipis, asal dari kampung tempoyang. lahir di kampung tempoyang, membesar pun di kampung tempoyang dan sekarang masih di kampung tempoyang.
sikit lagi nak jadi ketua kampung. korang doa doakan lah.
siapa cakap jawa timur?.

2-mengapa lu perlu berkata "Anda wajib melancong ke Kuala Lipis" ?

sebab semuanya ada di kula lipis. nak mandi laut? korang beli je tiket kuala lipis-kuantan. 5 jam naik bas. mungkin sakit perut dalam bas satu pengalaman baru buat korang.

3-sebagai gitaris utama The Fury , apakah rukun2 yang perlu ada utk menjadi gitaris yang kental ? displin, tak hamek hati dengan teguran ? bersifat terbuka ?

" kumprinx kau jumpa tepi longkang mana gitaris ni?. tune gitar pun lambat!." maunya tak kental aku main gitar. sampai sekarang aku tak puas hati dengan brade yang sound aku macam tu sekali. dia ni pernah meniynar sebagai gitaris satu masa dulu di kuala lipis. dalam lewat 90an.
yang paling penting berkarya dalam band ni,

1- mestilah bersifat terbuka, penting ni!
2- jangan sesekali padang rendah pada sesiapa pun.
3- berjiwa rakyat.
4- sifat ingin tahu yang kuat.
5- tepati janji(displin)
6- jangan derhaka pada ibu bapa.
7- kalau boleh, jangan kuat tukar pasangan(gitar)
8- persefahaman

aku rasa YB pun boleh pakai rukun rukun ni..

4-apakah influence muzik lu hingga bisa menyalurkan idea berupa sound atau lirik (mungkin) kepada The Fury ? kenapa ?

influence muzik aku semuanya pada sound dan muzik muzik sedap dari siapa siapa saja. jingles ramalan cuaca kat satu station TV terkenal negara pun banyak membantu aku sekarang ni, untuk dapat ilham buat lagu(riff) dan tak lupa juga dengan jingles jingles dari drama suasta. kenapa jingles? memang jingles jingles ni tak sehebat band band kugiran kegemaran kita.

cuba korang tengok drama atau filem, jingles jingles ni lah membantu. jingles ni soundtrack, background muzik macam tu lah. contoh, part sedih background muzik dia panik, mana nak jadi mod dia kan. aku banyak praktis menda ni supaya senang aku menukar pula lirik lirik kumprinx menjadi mod bunyi bunyian. macam tu lah lebih kurang. tak reti dah nak cerita macam mana.



5-apa pendapat lu ttg tulisan Pipiyapong dan Kumprinx ? kenapa blog mereka glemer macam Eman Manan ?

tulisan pipi dan kumprix? orang bank selalu komplen, dorang cakap tak faham. " tulis lah elok elok sikit bang. nak keluar berapa ni? saya tak faham lah." tapi kalau gaya penulisan! memang eman manan kalah.

sebab tu lah eman manan berlakon. pada aku, pipi dengan kumprinx ni macam jimi hendrix, petik satu not je boleh jadi sedap. ntah macam mana dorang petik aku pun tak tau. mereka dah buat blog tu macam kedai serbaneka 24jam. di ibarat semuanya ada. jadi, orang semua suka.

6-adakah sound The Fury sudah mendapat identiti tersendiri atau masih lagi berada di bawah pengaruh mana2 band ? sound macam mana yg paling lu into ?

fury masih lagi mencari sound/identitinya. pada aku sound dan identiti ni dapat secara kebetulan je. tak tau lah kalau lepas ni kumprinx kata, " aku akan pakai sayap macam bidadari masa main drum lepas ni!. dan inilah identiti fury!. " fury tidak sama sekali berada di bawah pengaruh mana mana band.

semua sound yang sedap di dengar aku into sebenarnya.

7-beri pendapat lu ttg band berikut :
  1. 1- ColdPlay
  2. 2 - U2
  3. 3- Search

kalau chris martin(vokalis) mati, tak jadi coldplay dan begitu juga dengan search. U2 jarang dengar.

8-filem apa yg paling lu minat selain Nana Tanjung ? mengapa ? he he .. apa kekuatan filem itu. ?

dah terkena aku ni gayanya. aku jarang menonton filem. ada lah minat satu filem yang ni, bertajuk, " perfume " arahan tom tykwer. tu jelah aku rasa.

kalau razak muhaidin berjaya buat filem yang bertajuk " deodorant " dan bukan berkonsepkan komedi santai, baru aku tengok filem dia. mana ada aku minat filem nana tanjung.



9-kalau lu ada sejuta , apa perkara yg lu buat selain kahwin ?

kalau aku ada sejuta, aku buka akaun amanah saham nasional berhad.

10-apa pendpat lu ttg isu di Palestin. lu belasah je ulas...wa tak kisah..kenapa mereka masih di jajah sampai sekarang ? kenapa kita tidak melawan Israel ?

isu palestin kalau kat lipis lah, memeng info info paling minima. kalau di tanya kat belia beliawanis memang tak reti nak jawab. kalau tak mencari sendiri kat internet, tak tau menda lah jawabnya.

selitkan lah dalam doa 5 waktu kita(klise). melawan israel di ibaratkan, menghalang angin adalah
mimpi indah, badai pula melanda?. jangan cakap macam tu. pengetahuan itu kuasa.

hah ? sila lawat blog Mael sekarang !!

2 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

macam setan lu jawab mael..hahaha..

Kumprinx berkata...

tu la kagelor king. mcm yg kita bincang ari tu kan? ;)