16 Disember 2008
Pengalaman saya di kedai Aji. ni di Lipis bukan di Oklahoma.
"hala ke zoo, kiri hotel jelai, kanan centre point, masuk kanan , kedai Aji kat situ" , sms Mael menerjah inbox.
3 jam selepas itu......
"pak, pinjam motor jap, nak ke bando",pinta dengan mata bersinar ala2 kucing dalam Shrek.
"kunci atas belebas tu", mata mertua rapat tanda nak tidur gamaknya.
jeng! jeng !
gua berdiri sepi. hadapan pasaraya penuh dengan manusia pelbagai bangsa.
tapi.
hari itu , hari jumaat. tanda mat indon turun town. setelah penat membanting tulang. kini.
tiba masa mengorat mak we Lipis dengan jean kecik belt terkeluar sejengkal.
Phee witt !! , siulan puaka pertama kedengaran. bertebaran awek Lipis lari.
mungkin takut dengan saka Nyiang Rapik buatan Indon.
angin sekali lagi menyapa rangka badan.
gua dalami struktur geografi town Lipis.
ehemm....
stesen bas terletas bersebelahan bangunan kolonial.
di belakang terletak, pasaraya Aktif.
di belakang Aktif , terletak kedai Aji.
di kedai Aji , ada mak cik.
di dalam mak cik, ada mukjizat.
mukjizat membuat nescafe beserta buih2 di atas.
dari jauh , gua nampak Mael dan PP.
Hit it ! Dengan sekali lafaz, gua mengorder.
Terima kasih tuhan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
lu jangan sampai gua nampak lu naik keta sama aji pergi turun itu ceramah pakatan rakyat..
Catat Ulasan