02 Disember 2008

Sembang letup bersama Kumprinx.



Sekali tengok macam tabligh pun ada. Frontman kugiran The Fury ini begitu prolifik dalam penulisan. Semangat DIY yang kuat telah membawa beliau menceburi bidang baru seperti penulisan buku, penerbitan klip video, buat kad kawin dan yang terbaru membuat preskripsi judul2 buku di Perpustakaan Kuala Lipis.

Ya , adik2 ! Membaca itu jambatan ilmu.

Teruskan membaca interbiu rare ini.

1-askm , wamap sikit, mana asal usul lu ? skolah kat mana ? kolej mana lu tibai masuk ? ngaji iqra dengan ust mana ?

Waalaikumussallam. Nama saya Kumprinx. Berasal dari Kuala Lipis. Saya lahir kat Kampung Lalang, Penjom dan dibesarkan di Tempoyang dan kini bermastautin di Kuala Lipis town. Saya dulu sekolah Clifford, dari form 1 sampai masuk Upper Six kejap pastu blah gitu je lepas 3 hari datang sekolah. Seterusnya saya meneruskan pengajian di Kolej Cybernetics, Kuala Lumpur, blah jugak. Sebab gua tak masuk dengan mende yang dia ajar. Takde fight. Iqra gua tak penah baca. Gua belajar mengaji old-school Mukaddam ngan mak gua masa kecik-kecik dulu. Skang ni mengaji bersepai.



2-apa pekerjaan lu skang ? dengar citer dah masuk scene gomen . amcam ? ada simpanan ? ke parok jugak ?

Gua skang librarian kat perpustakaan awam kat Kuala Lipis ni. Ni kira gomen la jugak. Gua apply kerja ni semata-mata untuk bangun pagi setiap hari. Sebelum kerja ari tu, hari-hari tido bersepai sampai tengahari. Skang ni Alhamdulillah, gua dah berjaya bangun pukul 6.30am secara konsisten setiap hari. Simpanan tu.. macam biasa memang takde langsung. Gua memang perpetually parok orangnya. Di bawah seliaan gua, is a wealth of knowledge waiting to be discovered. Oh ya, I got paid to read books. A lot of books, sampai skang ni gua rasa macam dah nak kena pakai spek mata.

3-apa pendapat lu ngan komuniti Kuala Lipis ? adakah derang makin ego lepas Siti tiba2 jadi king dalam industri nyanyi2 ? atau masih down to earth macam2 dulu ?

Oh, Siti Effect ni. Hmm.. menurut pandangan gua la secara peribadi, mende ni realitinya terbalik. Gua pegi mana-mana pun, bila gua bagitau gua orang Lipis, diaorang mesti cakap "Ooo.. kampung Siti". Tak pernah pun gua cakap "Saya satu kampung ngan Siti" atau "Saya dari Kuala Lipis, ala.. kampung Siti tu..". Kalau ada yang buat akal macam tu, sure gua lempang terus. Walhal kat Kuala Lipis ni bukan Siti je yang king. Malah King Of Letup pun asal dari Kuala Lipis apa? Gua juga tak berapa endorse kalau nama Kuala Lipis ni naik sebab mende-mende yang mainstream macam Siti tu.

4-dengar citer, lu ada band The Fury , macam biasa, mesti tanya, apa influence ? band paling suka ? mengapa ? eh! PADI wa dah cop..

Ah ye, band gua tu Fury. Fury ni, backround dia macam-macam ada. Semua ahli dia bawak influence lain-lain. Gua ngan Mael (gitaris utama) biasanya start from nothing, pastu Mail akan usulkan kepada gua sound-sound havoc dia, pastu gua masuk la drum runcit-runcit je.



5-so far, dah baper kali masuk contest ? kenapa tak menang ? juri hilang akal ? atau derang masih terperangkap dalam zaman ? apa future plan ? ada rasa2 nak sack PP ?

Banyak kali dah! Band macam kami ni susah nak menang. Mende main nak ikut sedap badan je. Pastu, semua tak nak mengalah, nak jugak bawak lagu kegemaran. Tak follow format battle. Janji dapat rockin je. Sedak dah.

6-dengo kabo , dulu2 lu ada terbit zine ? citer sikit experience terbit zine nih ? jgn citer indah2, story yg pahit2 jek...

Oh.. zaman-zaman zine gua. Hehe.. Time tu lah mindset gua mula melalui anjakan paradigma (gua tibai je pakai term ni). Gua jadi seorang yang kritis dan rebel sehingga ke hari ni. Zaman dulu, mana ada lagi blog-blog ni. Gua ingat lagi masa kecik-kecik dulu, malam-malam buta gua kayuh basikal pegi potostet zine. Kena tumpang ngan hantu lagi satu hal. Spirit memang strong time tu. Alam persekolahan gua, gua habiskan dengan aktiviti yang bermutu sket la (menulis zine) daripada join ko-kurikulum petang-petang. Pepehal pun gua rasa beruntung sebab masa tu gua berkolaberasi dan menulis alongside seorang penulis legendary, Pipiyapong Abdillah.

7-apa pendapat lu ngan tulisan Pipiyapong ?

Gua memang memandang tinggi tulisan beliau sebagai letup yang sangat bermutu tinggi. Masa darjah 6 dulu, dalam subjek Karangan UPSR dia memang rival yang tak boleh dipandang enteng. Letup dia ada aura tersendiri dengan sentuhan gayahidup rock yang mampu menarik perhatian segenap lapisan masyarakat. Beliau memang pioneer 'Revolusi Letup' dalam scene blogging masakini.



8-maskara shorties baru ni, lu ada rilis vc The Fury ? citer sikit, history ... pasal tiba2 nak rilis VC ? ada plan nak masuk muzik muzik ke ?

Mende ni dah lama dah kami plan. Sejak Mael ada handycam ni, jadi kami plan la nak shoot mende yang berfaedah sket. Mende ni kami buat untuk berseronok-seronok je. Di samping bereksperimen dan menimba pengalaman. Nak merasa jugak macamana shooting vc.

9-siapa yg ajar lu ketuk drum ? ke main gugel2 jek

Ari tu ada sorang member gua kat kolej dulu. Farid nama dia. Ada la tunjuk ajar gua sikit-sikit, tips-tips semua. Tapi paling banyak gua belajar dari hasad dengki terhadap orang lain yang lebih terrer dari gua. Sebab tu gua main bersepai.

10-apa pendapat lu ttg isu Palestin ? he he

Kes Palestin ni kita umat Islam tak boleh pandang sebelah mata je. Isu Al-Quds ngan Masjidilaqsa adalah isu aqidah dan keimanan yang perlu difahami. Kalau rasa heavy sangat isu ni nak follow, kurang-kurang fundamental dia kita tahu. Kalau dah tahu, time lepak ngeteh tu, sembang je la kat member-member, cerita kat diaorang. Itu kira macam tanggungjawap jugak. Ramai yang tak tahu apa kes sebenarnya Palestin ni. Memanglah kita tak boleh nak pegi sana tolong diaorang, doakan je dah cukup. Pastu kalau ada masa, layarilah Palestinkini.info.

11-soalan maut , bila nak kawin...?

Soon.

Fakta Menarik :
Bandar Kuala Lipis sekarang mempunyai lampu limpah. Amat berguna jika tercicir syiling di waktu malam. Juga , sekarang telah wujud Bandar Kuala Lipis Baharu di mana ia menempatkan stesen bas dan pasar baru. Selamat datang ke Kuala Lipis.

5 ulasan:

Tok Rimau berkata...

Best! Gua mmg minat Kumprinx. satu hari gua nak lawat Lipis, Kampung King Letup!

ayobkelubi berkata...

cita-cita gua nak jamming ngan king of drum lipis nie bila gua dtg lipis nanti.

tabik untuk kingprinx!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

King..king..

Tanpa Nama berkata...

miss lepeh...miss gule kabung..miss podok jagung..

Unknown berkata...

baler...banyok nyer miss ...